Selamat Datang Ke Blog BERITA UNTUK WARGA PENDIDIK. Terima Kasih Di atas Sokongan Anda. Selamat Tahun Baru Cina.

Hanya tiga kategori sekolah tahun depan: Hishammuddin

Tuesday, March 31, 2009

SUNGAI PETANI: Kementerian Pelajaran menetapkan hanya tiga kategori sekolah sahaja yang akan wujud pada tahun depan bagi mengelakkan kekeliruan masyarakat mengenai status dan perjuangan sekolah berkenaan.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata tiga kategori sekolah tersebut iaitu sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta.

"Menjelang tahun 2010 saya nak tengok tiga kategori sekolah saja yang ada sebab saya tak nak orang ramai keliru kerana saya bimbang ada pihak tertentu yang akan mengelirukan dan mengeksplotasi keadaan mengikut kaum dan agama," katanya selepas menyampaikan pakej rangsangan ekonomi peruntukan fizikal berjumlah RM210,000 kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil Sungai Getah di sini, hari ini.

Beliau berkata, sekolah kerajaan adalah sekolah aliran perdana yang juga sekolah majoriti di negara ini di mana usaha memartabatkan sekolah ini adalah berterusan.

"Sekolah bantuan kerajaan pula sebelum ini kita lihat dalam konteks SJK Tamil dan Cina, sekolah mubaligh dan sekolah agama yang hanya berjuang dalam konteks pemikiran dan perjuangan mereka secara persendirian," katanya.

Hishammuddin berkata, sekolah bantuan kerajaan akan terus diberi perhatian dan sokongan penuh oleh kerajaan di mana sekolah yang daif dan kurang selamat diduduki akan diberi keutamaan.

Sekolah swasta pula, katanya, dilihat sebagai penjana ekonomi negara pada masa sekarang di mana kecenderungan masyarakat luar untuk memilih sekolah swasta di negara ini berbanding negara lain.

"Sekarang ni orang tak faham dan campur-adukkan. Bila cakap fasal SJK di mana orang samakan dengan sekolah kebangsaan (SK) walhal di sekolah agama bantuan kerajaan yang sama status dengan SJK, tanahnya hak milik sekolah dan lembaga sekolah.

"Ahli lembaga masih ada, di SK tidak ada (ahli lembaga) jadi status dan sejarah berbeza...nak samakan susah tapi kalau tak samakan nanti dieksploitasi oleh kumpulan tertentu yang kata kita menganiayai sekolah yang beraliran lain padahal guru dibekal oleh kita, lembaga kita tak ganggu serta tanah hak milik tetap sekolah dan lembaga," katanya.

Beliau mengingatkan pihak tertentu supaya tidak mengeksploitasikan dan mensensasikan isu pendidikan yang membabitkan kaum dan agama kerana ia boleh memecah-belahkan masyarakat

"Ia menimbulkan emosi, polemik, memecah-belah masyarakat dan bila berlaku, negara tidak stabil dan bila negara tak stabil bagaimana kita mahu pertahankan ekonomi," katanya.

Katanya, sekiranya semua pihak tidak bersungguh-sungguh dan mempunyai satu kemahuan politik untuk menangani perkara itu dengan berani, masa depan generasi akan datang akan gelap. - Bernama

BHO

Read more...

Syor PPSMI bermula Tahun Empat

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran mencadangkan mata pelajaran Sains dan Matematik diajar semula dalam bahasa ibunda di sekolah rendah, manakala penggunaan bahasa Inggeris dalam dua subjek itu diteruskan di sekolah menengah.

Kementerian turut mencadangkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) hanya dimulakan pada Tahun Empat hingga sekolah menengah atau menggunakan bahasa Melayu dan bahasa ibunda di sekolah rendah dan sekolah menengah bagi mata pelajaran terbabit.

Selain itu, sekolah diberi kuasa menentukan penggunaan bahasa pengantar dua subjek itu, penggunaan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di Tahun Satu hingga Tiga diikuti dwibahasa pada Tahun Empat hingga Enam dan penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya di sekolah menengah.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, perkara itu adalah antara cadangan dikemukakan kementeriannya kepada Kabinet berhubung PPSMI.

"Kerajaan tidak akan menolak dasar PPSMI ataupun menerima dasar itu secara bulat-bulat. Kita tidak perlu melihat perkara ini sebagai situasi kalah-kalah, tolak bulat-bulat atau terima bulat-bulat.

"Apa yang kita hendak lihat adalah menyesuaikannya mengikut pencapaian anak-anak kita," katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Dr Firdaus Abdullah di Dewan Negara, semalam.

Hishammuddin berkata, cadangan itu dibuat hasil daripada pelbagai perbincangan, mesyuarat dan persidangan secara terbuka yang dibuat, antaranya membabitkan ahli akademik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), pihak kerajaan dan pembangkang.

Pada sidang media selepas itu, beliau yang juga Naib Presiden Umno menafikan dakwaan kononnya beliau cuba menidakkan peranan parti komponen Barisan Nasional (BN) dalam proses kemerdekaan negara ketika memberikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno, Sabtu lalu.

Beliau berkata, dakwaan itu yang disiarkan dalam akhbar berbahasa Cina, tidak bertanggungjawab kerana ucapannya sudah disalah tafsir.

BHO

Read more...

It’s all about educating comprehensively

Monday, March 30, 2009

WE often hear of teachers lamenting that they have been assigned to sit in on too many committees, directed to attend to too many meetings and required to prepare too many reports.

As a result, they have little time left for lessons preparations and actual classroom teachings, which are their core duties.

Admittedly, forming committees, conducting meetings and presenting reports are necessary functions in all organisations. Done appropriately and stringently, they bring benefits, progress and growth.

Problems arise when these activities are carried out in excess, without proper planning and with no definite and redundant agendas.

To be fair, teachers need to know that teaching and learning are not isolated activities and that classrooms are not islands inside the school compound.

Aspects of curriculum and co-curriculum must be tackled integrally. It is not just about teaching singularly; it is about educating comprehensively.

To achieve these objectives, teachers need to work hand in hand with the school administration. And, to succeed and excel, committees, meetings and reports are unavoidable tools.

Having said that, the onus of making these committees, meetings and reports effective so that they will not overly burden the teachers lies squarely with the school administrators, the headmaster in particular.

Another point is that in addition to each school having its own set of committees, meetings and reports, the District Education Office, State Education Department and even the Education Ministry require schools to sit in committees, attend meetings and prepare reports at their respective levels.

It is here that the headmaster needs to exercise his discretion to effectively coordinate, streamline and even restructure these demands so that teachers are not disproportionately burdened.

LIONG KAM CHONG,

Seremban.

TS

Read more...

Penglibatan PIBG jejaskan guru

IPOH 29 Mac - Biro Pengaduan Awam (BPA) menerima lebih 100 aduan mengenai pertelingkahan antara Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dengan pihak pentadbiran sekolah sejak setahun lalu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator T. Murugiah berkata, perkembangan itu amat dikesali kerana fungsi PIBG hanya membantu pentadbiran sekolah apabila diperlukan dan bukannya mencampuri urusan pentadbiran sekolah berkenaan.

Katanya, tindakan PIBG mencampuri urusan pentadbiran sekolah harus dihentikan kerana ia boleh memberi tekanan kepada guru sehingga menyebabkan perasaan mereka terganggu dan akhirnya melepaskan geram kepada pelajar.

''Perlu diingatkan bahawa fungsi PIBG dilantik hanya membantu pentadbiran sekolah dan bukannya mencampuri urusan pengurusan di sekolah terbabit.

''BPA menerima banyak aduan daripada PIBG supaya menyiasat salah laku guru besar dan sebagainya tetapi kebanyakannya adalah laporan palsu sehingga menimbulkan ketegangan antara kedua-dua pihak,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang, Tasek di sini semalam.

Sehubungan itu, katanya, beliau akan berjumpa dengan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk memaklumkan mengenai aduan yang diterima itu.

Murugiah berkata, Kementerian Pelajaran wajar mempertimbangkan cadangan menggantung mana-mana PIBG sekiranya persatuan itu masih berdegil mahu mencampuri urusan pentadbiran sekolah sehingga mengganggu prestasi guru-guru di situ.

''Sebagai contoh, PIBG Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Tun Sambanthan yang merupakan salah sebuah sekolah wawasan di negara ini juga tidak terlepas daripada dikenakan tindakan gantung selama setahun.

''Tindakan itu dikenakan kerana pihak PIBG dan pentadbir sekolah terbabit bertengkar dalam satu perjumpaan bersama BPA,'' katanya.

Katanya, BPA pernah memanggil PIBG SJKT Tun Sambanthan yang membuat aduan dan pentadbir sekolah untuk mengadakan perbincangan tetapi mereka bertengkar semasa perjumpaan tersebut.

''Kita tidak mahu perkara sama berulang di sekolah-sekolah lain pada masa akan datang'' tegasnya.

Read more...

Kesatuan setuju guru terbabit politik

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dan Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) menyokong cadangan untuk golongan pendidik diberi kelonggaran dan kebenaran untuk terbabit dalam aktiviti politik serta memegang jawatan dalam parti.

Setiausaha Agung NUTP, Loke Yim Pheng, bagaimanapun, mahu supaya hanya golongan pendidik Gred 41 hingga Gred 48 dibenarkan untuk berpolitik, manakala mereka yang berada pada Gred 48 ke atas perlu menumpukan kepada pelaksanaan pembangunan pendidikan.

Beliau berkata, sudah tiba masanya golongan guru diberikan kebebasan berpolitik kerana ramai dikalangan mereka berpengetahuan dan mempunyai pemikiran kritis.

“Sekiranya golongan ini berpolitik, mereka mampu memberi sumbangan besar kepada sistem pendidikan negara,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Read more...

'Ustaz' disyaki rogol murid diberkas

Saturday, March 28, 2009

SEREMBAN: Polis memberkas seorang lelaki bergelar 'ustaz' selepas disyaki merogol anak muridnya, seorang pelajar Tingkatan Empat sebuah sekolah menengah hingga mengandung tiga bulan di sebuah rumah di Nilai, dekat sini Jumaat lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, berkata lelaki warga Indonesia berusia lewat 30-an itu ditahan selepas mangsa membuat laporan polis apabila disahkan hamil kira-kira tiga bulan ketika menjalani pemeriksaan kesihatan di sebuah klinik.

"Mengikut keterangan mangsa, dia diajak suspek ke pasar malam untuk membeli makanan selepas sudah mengaji, kira-kira jam 6 petang 9 Disember lalu dan selepas menikmati makanan yang dibeli, mangsa mendakwa dirogol suspek," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Penutup Minggu Jenayah Sifar Peringkat Daerah Seremban di Sekolah Menengah Kebangsaan King George V, di sini, semalam.

Osman berkata, mangsa bagaimanapun tidak mendedahkan perbuatan suspek, termasuk kepada keluarganya sebelum ia terbongkar selepas mengadu tidak sihat lalu dibawa ke sebuah klinik untuk menjalani pemeriksaan oleh keluarganya sebelum disahkan hamil.

"Siasatan mendapati suspek mempunyai taraf penduduk tetap (PR) dan tidak mempunyai tauliah untuk mengajar agama.

“Kita sudah menahan reman suspek untuk membantu siasatan kes itu yang disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol," katanya.

Sementara itu, Osman berkata, pihaknya menasihatkan ibu bapa supaya sentiasa memantau pergerakan, terutama anak gadis masing-masing bagi mengelakkan menjadi mangsa rogol.

Katanya, kejadian rogol membabitkan pelajar bawah umur di negeri ini berada dalam situasi agak membimbangkan dan perlu dibendung segera.

"Ibu bapa perlu ambil berat mengenai perlakuan dan perbuatan anak-anak dan memberi pengawasan yang lebih.

"Jangan biarkan anak gadis keluar lewat malam bagi mengelak kejadian tidak diingini. Dalam sesetengah kes, ada mangsa dirogol oleh lelaki dikenalinya," katanya.

BHO

Read more...

Dasar 40:60 pelajar sastera-sains belum tercapai

Friday, March 27, 2009

KUALA LUMPUR 26 Mac - Dasar 40:60 bagi pelajar sastera-sains masih belum tercapai walaupun selepas 42 tahun pelaksanaannya.

Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, penglibatan para pelajar dalam bidang sains dan teknologi masih kurang, berbanding jumlah mereka yang menuntut di institut pengajian tinggi awam (IPTA).

''Laporan Petunjuk Sains dan Teknologi Malaysia 2004 menunjukkan graduan sains dan teknologi yang dihasilkan oleh IPTA hanyalah 32.4 peratus berbanding keperluan 60 peratus dalam bidang ini,'' katanya ketika berucap pada majlis perasmian seminar Sains Yang Menarik di sini baru-baru ini.

Menurutnya, penglibatan dan pencapaian pelajar dalam bidang sains dan teknologi di negara ini juga masih belum berada pada tahap yang membanggakan.

Malah, beliau berkata, kefahaman dan keupayaan masyarakat terhadap bidang berkenaan juga masih jauh ketinggalan.

Turut hadir Ketua Pengarah IKIM, Datuk Dr. Syed Ali Tawfik Al-Attas.

Tambah beliau, para penyelidik dalam bidang sains di Malaysia juga masih terlalu rendah dan nisbah penyelidik dalam 10,000 penduduk negara ini hanyalah 0.3 peratus.

''Perbezaan peratusan ini amat ketara berbanding 15-18 peratus penyelidik di Perancis dan Jerman Timur serta antara 28-30 peratus di Jepun dan Amerika Syarikat,'' ujarnya.

Selain itu, Ahmad Sarji berkata, kurangnya kefahaman masyarakat dalam bidang sains menimbulkan banyak salah faham dalam bidang tersebut.

''Ibu bapa dan pelajar beranggapan bahawa bidang atau mata pelajaran Sains adalah 'sukar'.

''Laporan Kajian Kesedaran Awam terhadap Sains dan Teknologi 2004 menunjukkan 42.3 peratus rakyat Malaysia berpendapat mata pelajaran sains merupakan satu mata pelajaran yang sukar,'' katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, tenaga pengajar hendaklah mencari formula bagaimana mewujudkan 'the scientific mind' di kalangan pelajar.

Sementara itu, Syed Ali dalam ucap utamanya pada majlis itu berkata, universiti kini tidak lagi dilihat sebagai sebahagian daripada pendidikan secara menyeluruh tetapi sekadar lubuk latihan bagi pengamal sains.

''Kebanyakan penuntut yang ada bukan lagi untuk memperoleh pemikiran saintifik zaman ini, tetapi beranggapan memiliki ilmu sains tersebut akan memberikan mereka pekerjaan yang baik,'' ujarnya.

UMO

Read more...

Syor Sejarah wajib di sekolah rendah

Thursday, March 26, 2009

RAKYAT Malaysia disaran supaya tidak memandang remeh kepentingan mengimbau semula sejarah negara bagi memastikan kegagalan lalu tidak berulang selain memantapkan lagi semangat perpaduan bangsa Malaysia.

Ketua Puteri bahagian Kangar, Perlis, Huzaini Abdul Hamid, berkata rakyat perlu sentiasa diingatkan untuk menilai semula sejarah negara berikutan kejayaan pembinaan tamadun hari ini adalah kesinambungan daripada sejarah lalu.

“Setiap peradaban manusia mempunyai tamadun mereka sendiri khususnya Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Justeru, penilaian semula ini bukan saja dapat mengimbau semula kesukaran lalu tetapi mengelak daripada berlaku perpecahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahas usul ucapan dasar Ketua Puteri Umno mengenai pemilihan pemimpin, bangsa Malaysia dan hubungan antara komponen, keluhuran perlembagaan dan kesetiaan kepada raja dan negara, di sini, semalam.

Pada perbahasan itu juga, pergerakan Puteri negeri Perlis turut mencadangkan supaya mata pelajaran Sejarah dijadikan subjek wajib pada peringkat sekolah rendah bagi memberi pendedahan awal kepada murid mengenai proses pembentukan Malaysia.

Huzaini turut menyelar segelintir pihak yang bergerak atas nama kuasa dan kepentingan diri hingga sanggup membelakangkan institusi beraja yang selama ini menjadi tonggak dalam pemerintahan negara.

"Kita mahu supaya kerajaan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang menggugat kestabilan negara.

"Kita cadangkan juga supaya diwujudkan undang-undang yang bertujuan melindungi kehormatan institusi beraja seperti yang diamalkan di Thailand dan Brunei," katanya.

BHO

Read more...

Perpustakaan ‘rumah ke rumah’

Wednesday, March 25, 2009

KUALA LUMPUR 24 Mac – Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bakal menyediakan perkhidmatan pinjaman buku dari rumah ke rumah kepada orang ramai.

Ketua Pengarah PNM, Raslin Abu Bakar berkata, pendekatan unik itu merupakan strategi dalam melaksanakan program perkhidmatan perpustakaan desa yang lebih menarik dan dinamik .

‘’Perkhidmatan ini memberi peluang kepada masyarakat bagi menambah pengetahuan melalui bahan bacaan yang disediakan oleh PNM.

‘‘Ia turut bertujuan meningkatkan kesedaran kepentingan membaca terutama di kalangan masyarakat luar bandar,’’ katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Minggu Bioteknologi 2009 di Perpustakaan Negara di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis tersebut Naib Presiden Kanan, Bahagian Perancang dan Strategi Biotech Corp., Mohd. Yazid Abd. Hamid.

Raslin memberitahu, program berkenaan telah berjalan selama sebulan bermula awal bulan ini.

‘‘Petugas-petugas perpustakaan akan pergi dari rumah ke rumah bagi memberi perkhidmatan pinjaman buku.

‘‘Dalam tempoh tersebut, masyarakat menyambut baik perkhidmatan yang disediakan. Program ini akan diteruskan supaya masyarakat mendapat pendedahan serta memupuk minat membaca bagi semua peringkat umur,’’ katanya.

UMO

Read more...

Standard markah SPM semakin tinggi

KUALA LUMPUR 24 Mac - Kementerian Pelajaran menolak dakwaan pihak tertentu yang mempertikaikan sistem pemarkahan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berikutan peningkatan jumlah pelajar cemerlang pada setiap tahun.

Ketua Pengarahnya, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, peningkatan tersebut tidak mempunyai kaitan dengan sistem yang diwujudkan kerana standard pemarkahan setiap tahun adalah semakin tinggi.

''Saya yakin kecemerlangan pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan SPM pada tahun lalu bukan disebabkan oleh sistem pemarkahan, ia tidak ada kaitan langsung.

''Selain sistem pemarkahan, standard pembelajaran dalam semua subjek juga semakin mencabar, saya rasa perkara seperti ini tidak sepatutnya sengaja ditimbulkan,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Anugerah Cemerlang SPM 2008 Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi YPC, Senator Datuk Wira Syed Ali AlHabshee.

Menurut Alimuddin, terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada kecemerlangan para pelajar terbabit antaranya menerusi kemudahan pembelajaran yang semakin canggih seperti penggunaan Internet.

''Pelajar sekarang mempunyai banyak pilihan dan alternatif untuk melengkapkan diri dengan ilmu selain bahan seperti buku.

''Selain itu, pengalaman dan kreativiti guru-guru dalam pengajaran juga turut menyumbang kepada kejayaan ini diikuti peranan ibu bapa dan motivasi terhadap pelajar itu sendiri,'' ujarnya.

Terdahulu, seramai 79 pelajar daripada 12 buah sekolah angkat YPC yang berjaya meraih semua A dalam setiap mata pelajaran telah menerima anugerah pada majlis itu.

Selain itu, Anugerah Khas turut disampaikan kepada seorang pelajar kurang upaya (OKU), James Low Hung Ping dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bintang Utara yang berjaya mendapat keputusan 10A.

Kesemua pelajar cemerlang terbabit menerima wang tunai RM300, dua buah buku motivasi dan sijil penghargaan.

UMO

Read more...

Just fine-tune teaching method

Tuesday, March 24, 2009

HAVE we ever thought about those who quit school early while we are debating on the use of English to teach Science and Maths? Do we realise that when these boys start their working life, they are usually eager to learn and to acquire skills fast so that they can move on?

Do our teachers, professors or academicians know that when an apprentice in a car workshop could not understand the automobile manuals that are usually written in English or Japanese, he is being deprived of his rights to improve himself just beause our education does not tally with what the outside world demands?

Speaking of my own experience, the short period of apprenticeship I had gone through made me realise how we were bullied and exploited by the seniors because we worked and learned things under their mercy.

If we understand English and the technical terms, it would surely help those eager to learn to understand car repair manuals. The point is our youngsters who quit school early cannot understand the theory that are easily available in English and we suffer.

That is why if you don’t want Malaysians to be left behind, don’t change the policy again. Just fine-tune the teaching method and continue to improve on it.

KBJOG,

Kuantan.

TS

Read more...

BH lancar portal pendidikan

e-pembelajaran menerusi guru.net.my sesuai untuk calon UPSR hingga SPM

KUALA LUMPUR: Berita Harian menyasarkan 50,000 pelanggan, khususnya pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara menggunakan produk berkualiti terbarunya, portal pendidikan guru.net.my, hingga akhir tahun ini.

Pelancaran awal portal menyediakan kemudahan pendidikan dalam talian atau e-pembelajaran sesuai untuk calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu disempurnakan Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Datuk Hishamuddin Aun di Balai Berita di sini semalam.

Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Mustapa Omar, berkata pihaknya yakin mencapai sasaran itu berikutan produk dibangunkan dengan kerjasama syarikat berasaskan teknologi maklumat, Cyber Village, itu berkualiti dan memenuhi keperluan pelajar.

Walaupun angka itu kecil berbanding jumlah keseluruhan lima juta pelajar rendah dan menengah seluruh negara, katanya ia adalah sasaran permulaan dan dijangka meningkat pada tahun berikutnya.

Sambil menjelaskan yuran langganan portal itu RM100 setahun, beliau berkata, ia berpatutan dengan produk yang bukan saja dibangun secara interaktif, malah berdasarkan sukatan pelajaran Kementerian Pelajaran dan piawaian peperiksaan awam.

"Kami akan memasarkan produk ini secara agresif menerusi pelbagai aktiviti pendidikan BHSB, antaranya Klinik UPSR, Seminar PMR dan SPM di seluruh negara.

"Langganan juga boleh dibuat secara terus di Balai Berita, 31 Jalan Riong, Bangsar serta cawangan pejabat NSTP seluruh negara," katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian portal berkenaan.

Hadir sama Pengarang Kumpulan BHSB, Datuk Manja Ismail; Pengarang Pendidikan Berita Harian, Zainor Said; Pengerusi Guru.Net Sdn Bhd, Prof Madya Datuk Dr Abd Rahman Daud dan Pengarah Pasaran Sektor Runcit, Cyber Village, Hamiddin Ibrahim.

Borang langganan guru.net.my juga disiarkan dalam Berita Harian, New Straits Times dan Harian Metro dari semasa ke semasa.

Sementara itu, Hamiddin berkata, portal itu menyediakan lebih 70,000 soalan dalam bank soalan dengan penambahan 20,000 setiap tahun.

BHO

Read more...

Kurangkan sukatan pelajaran peperiksaan SPM

Sunday, March 22, 2009

KUALA LUMPUR 18 Mac - Kementerian Pelajaran bercadang untuk mengurangkan sukatan pelajaran bagi beberapa kertas peperiksaan berbentuk subjektif dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

Timbalan Ketua Pengarahnya, Dr. Haili Dolhan berkata, cadangan itu bertujuan mempercepatkan proses penyemakan dan pengumuman keputusan peperiksaan SPM yang mengambil masa agak lama untuk diumumkan.

Katanya, cadangan berkenaan tidak bermakna akan memendekkan sukatan pelajaran sebaliknya bertujuan mengurangkan penumpuan kepada aspek penilaian keputusan SPM berasaskan peperiksaan.

''Sebagai contoh, keputusan SPM tidak lagi tertumpu kepada keputusan peperiksaan 100 peratus malah bergantung kepada kemahiran sampingan berkaitan mata pelajaran tertentu seperti menghasilkan kertas projek, amali dan sebagainya.

''Bagaimanapun, cadangan ini masih dalam rangka kajian dan memerlukan penelitian terperinci memandangkan kertas peperiksaan SPM mempunyai standard peperiksaan yang tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Sepetang Bersama Media sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di sini semalam.

Cadangan itu ialah antara pendekatan yang akan digunakan kementerian tersebut untuk mengatasi masalah penyemakan dan pengumuman kertas peperiksaan SPM yang mengambil masa agak lama.

Menurut Haili, kementerian itu juga bercadang untuk menambah bilangan guru pemeriksa kertas peperiksaan SPM bagi mempercepatkan proses penyemakan.

''Buat masa ini, kita mempunyai bilangan pemeriksa kertas SPM dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang agak kecil jika dibandingkan peningkatan jumlah pelajar dan mata pelajaran yang diambil.

''Ada pelajar yang mendaftar sehingga 20 mata pelajaran dalam SPM dan ini mengambil masa agak lama untuk disemak memandangkan jumlah pemeriksa yang terhad,'' katanya.

Bagaimanapun, katanya, cadangan-cadangan ini masih dalam pertimbangan dan sekiranya relevan untuk diaplikasikan dalam peperiksaan SPM, ia akan diperkenalkan awal tahun depan.

UMO

Read more...

Kakitangan kerajaan perlu disiplin

Friday, March 20, 2009

KUALA LUMPUR 19 Mac - Kakitangan kerajaan perlu mengutamakan disiplin dan amanah ketika menjalankan tanggungjawab yang diberikan majikan.

Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd. Tamyes Abd. Wahid berkata, mereka juga wajib mengikut waktu bekerja yang ditetapkan majikan dan memberi fokus pada tugasan.

Katanya, disiplin amat penting dalam kehidupan seseorang dan kerana itu setiap ajaran agama mementingkan nilai tersebut.

"Dalam Islam pun, disiplin diutamakan termasuk ketika bersembahyang iaitu jemaah perlu mengikut langkah yang dilakukan imam.

"Amanah juga perlu dititikberatkan kerana apabila sesuatu perkara menjadi tanggungjawab, ia perlu dijalankan dengan ikhlas," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas surat pembaca dalam ruangan Forum Utusan Malaysia hari ini mengenai segelintir kakitangan kerajaan yang keluar makan dan minum tidak mengikut waktu rehat ditetapkan.

Surat itu turut menyebut, ada antara kakitangan itu lebih banyak menghabiskan masa bekerja seharian dengan berniaga, berbual kosong dan kerap keluar atas urusan peribadi.

Mohd. Tamyes berkata, kakitangan kerajaan tidak boleh menyalahgunakan waktu bekerja iaitu dari 8 pagi hingga 5 petang seperti diwajibkan kerajaan.

UMO

Read more...

Peluang kedua bagi pelajar gagal SPM

KAJANG 19 Mac - Golongan mat rempit atau mereka yang gagal peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini masih berpeluang melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat diploma dalam bidang automotif melalui Skim Peluang Kedua anjuran Putera UMNO.

Melalui skim itu, mereka yang berminat tidak perlu mengeluarkan wang walau satu sen pun kerana segala pembiayaan sepanjang melanjutkan pelajaran itu akan dibiayai oleh beberapa kementerian.

Pengerusi Biro Putera UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, mereka yang berminat akan ditempatkan di Pusat Latihan Kemahiran Teknologi Automotif Auto Terminal Training (Tekat) dekat sini.

''Ia terbuka kepada mereka yang berumur antara 18 hingga 25 tahun terutamanya melibatkan mat rempit dan lepasan sekolah. Kalau gagal pun tak apa janji mereka ada minat.

''Mereka akan diajar oleh tenaga pengajar profesional antaranya dari United Kingdom dan mereka turut mendapat elaun RM250 seorang setiap bulan,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan program ceramah dan motivasi sempena Hari Pemantapan Sahsiah Pelatih Tekat dan menyempurnakan pemberian Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 kepada 50 pelajar Tekat di sini semalam. Turut hadir Pengarah Akademik Tekat, Mohd. Hamsan Musa.

Abdul Azeez berkata, segala perbelanjaan itu akan ditanggung oleh Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang mempunyai tabung untuk membiayai pelajar yang berminat.

''Kami akan membuka peluang kepada 2,000 golongan mat rempit dan lepasan sekolah untuk belajar di Tekat dalam tempoh terdekat," katanya.

Untuk itu, katanya, Putera UMNO akan menjelajah ke seluruh negara bermula minggu depan untuk mencari golongan yang sering dipandang negatif oleh masyarakat itu dan menarik minat mereka untuk menyambung pelajaran semula di Tekat.

Katanya lagi, mereka yang berminat juga boleh menghubungi pejabat Putera UMNO melalui talian 03-22736004 untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

''Kita telah memberi peluang kepada 3,000 pelajar yang belajar di Tekat sebelum ini dan hasilnya mereka sudah dapat kerja yang baik serta meninggalkan segala gejala negatif,'' katanya.

UMO

Read more...

Kementerian lain turut teliti PPSMI

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran masih mengumpul maklum balas walaupun kertas Kabinet mengenai Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sedang diteliti lain-lain kementerian.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata walaupun kertas Kabinet mengenai dasar itu pada peringkat penelitian oleh setiap kementerian sebelum dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri, beliau masih terbuka mendengar maklum balas daripada mana-mana pihak.

"Malah saya akan menggunakan sepenuhnya ruang dan peluang sempena mesyuarat-mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang sedang berlangsung sekarang dan Perhimpunan Agung Umno pada minggu depan bagi mendengar suara dan harapan rakyat di peringkat akar umbi.

"Setiap maklum balas daripada semua pihak akan diteliti dan diambil kira sebelum keputusan akhir dibuat," katanya dalam kenyataan media selepas pertemuan dengan Pengerusi Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP), Datuk Dr Hassan Ahmad dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said di pejabatnya, di sini, semalam.

Pertemuan itu membincangkan beberapa perkara termasuk mengenai PPSMI serta usaha memartabatkan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan.

Read more...

Program riadah pelajar perlu utama keselamatan

SHAH ALAM: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menggesa kementerian dan penganjur program pelancongan dalam negara, khusus membabitkan pelajar supaya memberi penekanan terhadap aspek keselamatan dan komunikasi.

Perdana Menteri berkata, selain tapak perkhemahan dan asrama, perjalanan program yang dirangka untuk generasi masa depan negara itu perlu dilengkapkan dengan kehadiran pihak yang mahir dalam kegiatan lasak seperti mendaki bukit dan meredah hutan.

Beliau berkata, bagi memastikan perkara itu menjadi kenyataan, beberapa kementerian termasuk Kementerian Pelancongan dan Kementerian Belia dan Sukan dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan perkara itu.

"Aspek keselamatan wajar diberi keutamaan bagi memastikan ibu bapa lebih yakin untuk membenarkan anak mereka menyertai sebarang program pelancongan yang dianjurkan khusus untuk pelajar.

"Lebih baik lagi jika lokasi program turut dilengkapkan dengan kemudahan komunikasi bagi memudahkan anak berhubung dengan ibu bapa mereka dan sebaliknya supaya tidak ada yang bimbang," katanya pada majlis pelancaran kempen 'Kami Anak Malaysia' di Laman Budaya, Taman Tasik Shah Alam di sini, semalam.

Diilhamkan oleh Kementerian Pelancongan, kempen 'Kami Anak Malaysia' ini dirangka untuk memberi penekanan terhadap semangat berpasukan dan kerjasama di kalangan remaja, selain landasan integrasi terbaik kepada generasi muda.

Kempen itu bertujuan menggalakkan penyertaan aktif golongan remaja dalam aktiviti pelancongan selain memupuk minat untuk meneroka keindahan alam semula jadi negara, keunikan warisan budaya dan nilai masyarakat menerusi 601 kelab pelancongan di sekolah seluruh negara.

Turut hadir Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom.

Perdana Menteri juga memberi contoh di Jepun yang mana pihak berwajib negara itu menyediakan kawasan luas khusus untuk golongan muda menjalankan kegiatan riadah pada hujung minggu.

Sementara itu, Azalina dalam ucapannya, berkata kementerian itu menampilkan lagu tema khas kempen 'Kami Anak Malaysia' dalam Bahasa Malaysia, Mandarin, Tamil, Inggeris, Iban dan Kadazan bagi menarik generasi muda dari semua lapisan masyarakat menyertai kempen itu.

BHO

Read more...

Losers in the long run

Thursday, March 19, 2009

THE champions of Bahasa Malaysia who took to the streets are doing a disservice to the Malays. Looks like they want their race to be a failure.

Wanting English to be taught for Science and Maths does not make us a lesser Malay. Do we have soul if we Malays are lacking behind universally or fail to be employed?

I love my race. I love my language. But it does not put food on the table. It does not enable my children to compete globally.

Let’s take a reality check. Sixty percent of the Malay graduates are unemployed. They do not perform well in job interviews because of the English language handicap.

So the multi-national firms tend to employ the non-Malays. The non-Malays who go to the same school can be good in Bahasa Malaysia, English and their mother tongue.

Malays will continue to be the losers if the language in schools is just Bahasa Malaysia. I think the so-called proponents of Bahasa Malaysia should instead do something to redress why the Malays are not fluent in English and some even fail their Bahasa Malaysia in exams.

Scan the newspapers now and we see many international companies, foreign embassies and foreign universities offer scholarships. But who got them? Who got the coveted Asean scholarships?

It is not because the Malays are not intelligent. But not being

fluent in English has made them less confident to sell themselves well. Do we have to rely only on JPA and Mara to further our studies overseas?

When I got back to my hometown in Pahang, I am happy to know many relatives’ kids got straight As. But these kids are shy to speak English for fear of being teased and rebuked. I have come across remarks like “Oh eksyennya, cakap Mat Salleh” (Such a show-off, speaking in English!)

Another sad thing is the standard of English is deteriorating in our foreign service.

A newspaper report said our young diplomats are no longer able to write communiques. That is why the Government still retained many ambassadors on contracts although they are well past retirement age.

When are we going to have world-class diplomats like the late Tan Sri Zain Azraai or Tan Sri Razali Ismail, who were tutelaged by Tun Ghazali Shafie?

And where are our artistes on the international stage? They are on par with others in terms of talents but without the benefit of English, they are contented to be jaguh kampung - with a few exceptions. It is such a shame when even Indonesian leaders and singers are now well-conversant in English.

I know rather well one or two of the proponents of the Bahasa Malaysia.

We always converse in English and they are fluent at that. Why do they want to deprive our future generations to be as good as them in English?

IDZAN ISMAIL,

Petaling Jaya.

TS

Read more...

Tidak jadi halangan jika ada kesungguhan

KOTA BHARU 18 Mac - Bagi Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, tiada masalah bagi anak kampung sepertinya menguasai Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris asalkan ada kesungguhan untuk memajukan diri.

Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 itu berkata, dengan penguasaan itulah dia berani bercita-cita untuk melanjutkan pengajian di luar negara dalam bidang yang diimpikan walaupun dunianya selama ini hanya berlegar di sekitar Kota Bharu.

"Ia mata pelajaran yang sukar tetapi tentunya lebih sukar bagi saya yang mengambil 20 mata pelajaran dalam kehidupan semacam saya untuk memberi tumpuan sepenuhnya.

"Tetapi saya berusaha mengatasinya, bergantung sepenuhnya apa yang diajar di sekolah dengan komitmen guru dan diri sendiri serta menonton televisyen untuk tambah kefahaman. Saya tak berpeluang mengikuti kelas tuisyen di luar," katanya semalam.

Dia merupakan pelajar Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu dan memperoleh 19 1A dan satu 2A dalam peperiksaan SPM tahun lalu.

Ketika ditemui, dia berpendapat tidak mungkin baginya mampu menjadi ahli fizik dengan penguasaan Bahasa Malaysia dan Arab semata-mata kerana ilmu pengetahuan dan rujukan yang perlu ditimba kebanyakannya dalam bahasa Inggeris.

"Saya belajar di sekolah agama yang mengutamakan bahasa Arab. Semua kejayaan dengan izin Allah selain berkat tunjuk ajar guru dan tanggungjawab kita belajar dan berusaha. Jika kita tidak berusaha, apa-apa pun sukar dicapai," ujarnya.

UMO

Read more...

PNGK di sekolah rendah

PUTRAJAYA 18 Mac - Mulai tahun depan penilaian murid-murid darjah satu akan dibuat berasaskan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) seperti yang diguna pakai di universiti.

Hasil program perintis sistem tersebut yang dilaksanakan di 50 buah sekolah tahun lalu mendapati ia sesuai dilaksanakan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom (gambar) berkata, mengikut Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, peperiksaan yang berasaskan sekolah akan bermula tahun depan selaras dengan transformasi pendidikan.

''Kurikulum pelajaran akan disusun semula untuk mewujudkan kreativiti di kalangan pelajar, mengukuhkan penguasaan bahasa Inggeris, keusahawanan, sejarah dan menjadikan sekolah sebagai tempat belajar yang seronok," katanya selepas menghadiri Mesyuarat Induk Menangani Gejala Disiplin Murid di sini semalam.

Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya tidak akan terburu-buru melaksanakan perubahan itu dan akan memulakannya di peringkat darjah satu dan prasekolah.

''Kita akan adakan persidangan meja bulat dan bengkel serta mengumpulkan pandangan pakar-pakar akademik dan pertubuhan bukan kerajaan.

''Jika kita mendapati perubahan ini boleh dijalankan, maka kita akan memperkenalkannya pada tahun satu dan prasekolah bermula tahun depan," katanya.

Alimuddin berkata, penilaian berasaskan sekolah sebenarnya bukan perkara yang baru tetapi telah dijalankan melalui ujian bulanan dan ujian akhir tahun di sekolah.

Beliau bagaimanapun menegaskan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak akan dimansuhkan sebaliknya ia mewakili 30 peratus dalam penilaian prestasi pelajar.

''Empat elemen yang akan dinilai ialah psikometrik pelajar, pencapaian ko-kurikulum, peperiksaan berasaskan sekolah dan peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan," katanya.

UMO

Read more...

Kurikulum tadika Islam diselaras

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menyelaras kurikulum tadika Islam di seluruh negara bagi mengelakkan golongan tertentu melakukan penyelewengan minda terhadap kanak-kanak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan akan membawa cadangan itu kepada Majlis Raja-Raja dalam tempoh dua bulan bagi mendapat perkenan.

"Apabila piawaian kurikulum diselaraskan, tadika Islam di seluruh negara akan menggunakan teks dan sistem pendidikan yang sama.

"Kita juga akan memberi latihan kursus dalam cuti kepada tenaga pengajar dan harapan kita dalam masa lima tahun ini, sistem pendidikan tadika Islam di seluruh negara akan diselaraskan," katanya dalam sidang media selepas merasmikan majlis serah tugas pengurusan Islam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), di sini semalam.

Beliau berkata, kerajaan menyedari ada parti politik menubuhkan tadika Islam dan menghasut kanak-kanak membenci kerajaan walhal pada usia muda mereka sepatutnya dibimbing dan diberi ilmu pengetahuan.

Ahmad Zahid berkata, bagi memartabatkan tadika Islam, kerajaan menggantikan elaun tenaga pengajar dengan gaji bulanan berkuat kuasa Januari lalu.

"Sebelum ini, guru tadika Islam hanya memperoleh elaun bulanan RM150 dan RM540, tetapi kini mendapat gaji bulanan RM1,200 hingga RM2,500," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan akan mengadakan perhimpunan besar-besaran membabitkan 5,600 pelajar tadika Islam Wilayah Persekutuan di Dataran Merdeka, dalam masa terdekat.

Seramai 15,000 akan hadir termasuk, pelajar, guru dan ibu bapa dalam pertemuan itu. Ikon anak muda, pengacara Aznil Nawawi dan penyanyi, Mawi turut memeriahkan majlis itu.

BHO

Read more...

Persatuan setuju pelajar dilarang bawa telefon bimbit

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dan Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) bersetuju dengan tindakan pentadbir sekolah merampas telefon bimbit yang dibawa pelajar ke sekolah.

Presiden NUTP, Hashim Adnan, berkata budaya membawa telefon bimbit ke sekolah perlu ditangani segera supaya pelajar dapat memberi tumpuan dalam bilik darjah.

Katanya, telefon bimbit dirampas guru di kawasan sekolah perlu ditebus ibu bapa pelajar atau penjaga sebagai peringatan.

"Selepas NUTP menimbang pelbagai perkara, kami menyokong baik arahan kementerian yang melarang pelajar membawa telefon bimbit kerana ia membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

"Tidak ada keperluan mendesak sehingga memerlukan pelajar membawa telefon bimbit, kerana di sekolah ada kemudahan telefon awam," katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, Presiden PIBGN, Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hassan berkata, pengurusan sekolah perlu bertindak tegas dalam memastikan arahan kementerian diberi perhatian dengan memastikan semua guru kelas yang mengetahui pelajarnya membawa telefon bimbit ke sekolah segera mengambil tindakan.

"Bagi mengatasi masalah ini, guru yang tahu pelajarnya membawa telefon bimbit, tetapi tidak mengambil tindakan perlu juga dikenakan tindakan.

"Selain itu, kita tidak mahu pelajar kurang tumpuan pelajaran hanya disebabkan leka dengan telefon bimbit masing-masing," katanya.

Read more...

Tidak perlu ubah dasar PPSMI

Wednesday, March 18, 2009

ENAM tahun lalu apabila kerajaan yang diterajui oleh mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), pemimpin dan rakyat memberi sokongan.

Mereka bersetuju itu adalah salah satu cara meningkatkan pengetahuan pelajar dalam bahasa Inggeris dan seterusnya memudahkan mereka memahami bahan-bahan pelajaran serta rujukan Sains dan Matematik yang kebanyakannya dalam bahasa Inggeris.

Ia juga bagi membolehkan pelajar sentiasa mempunyai pengetahuan dan maklumat terkini dengan pantas memandangkan bahan-bahan ilmu dalam Sains dan Matematik sentiasa pesat berkembang. Bahan-bahan keilmuan ini juga dalam bahasa Inggeris.

Kemampuan pelajar memahami dan menguasai bahasa itu memudahkan mereka memperoleh ilmu dengan lebih mudah.

Kita wajar menerima hakikat bahawa bahan Sains dalam bahasa Melayu masih berkurangan. Proses penterjemahan juga mengambil masa yang lama.

Jelas sekali apa yang dilakukan oleh Dr. Mahathir dan kerajaan pimpinannya adalah untuk memastikan para pelajar termasuk pelajar-pelajar Melayu, menimba ilmu Sains dan Matematik dengan lebih pantas dan berkesan.

Ternyata selepas enam tahun dilaksanakan ia berjalan dengan lancar sehinggalah kebelakangan ini banyak suara yang membantah pelaksanaannya tanpa alasan kukuh.

Sukar difahami kenapa selepas enam tahun dan selepas PPSMI menampakkan kejayaan baru timbul suara-suara membantah PPSMI. Kebanyakan mereka yang membantah ini pula adalah cendekiawan Melayu yang sepatutnya sama-sama membantu menjayakan falsafah PPSMI.

Mereka yang membantah ini bimbang PPSMI akan melenyapkan kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Adakah hanya kerana dua subjek diajar dalam bahasa Inggeris maka ia boleh melenyapkan bahasa Melayu?

Juga bolehkah ia menyebabkan orang Melayu tidak menghormati bahasanya dan akhirnya tidak menghormati atau mendaulatkan bahasa sendiri?

Mereka juga bimbang anak-anak Melayu akan ketinggalan kerana penguasaan bahasa Inggeris yang rendah menyebabkan mereka tidak dapat mengikuti PPSMI dengan baik.

Rajin dan usaha tangga kejayaan. Jika tidak dipecah ruyung di manakan dapat sagunya. Memang pada peringkat awal ada masalah di sana sini. Ini perkara biasa dalam apa-apa juga perkara yang baru dilaksanakan. Tetapi selepas enam tahun kita sudah dapat menyaksikan sendiri kejayaan PPSMI.

Keputusan peperiksaan membuktikan PPSMI bukan penghalang kejayaan kerana peratusan yang berjaya meningkat. Malah anak Melayu, anak seorang nelayan, mampu mencapai kejayaan cemerlang.

Kepada mereka yang sentiasa curiga akan PPSMI ini, lupakah anda dengan penubuhan Institut Teknologi MARA (kini UiTM) yang bertujuan melahirkan cerdik pandai bumiputra bagi mengisi keperluan pekerjaan peringkat profesional dan separuh profesional?

Lupakah anda bahawa UiTM sejak dulu dan sehingga kini menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama?

Saya bertuah menjadi salah seorang Melayu yang pernah menimba ilmu di UiTM pada tahun 70-an dahulu. Lebih-lebih lagi saya merasa bangga kerana walaupun UiTM untuk bumiputra, dan majoritinya orang Melayu, kuliah, peperiksaan, perbincangan dan sebagainya adalah dalam bahasa Inggeris. Saya merasakan satu keunikan yang amat sangat.

Jadi adakah ratusan ribu graduan yang dilahirkan oleh UiTM ini kini sudah menjadi Melayu yang lupa diri, lupa bahasa dan memandang rendah terhadap bangsanya sendiri?

Malah seharusnya kita berbangga kerana ramai orang Melayu lulusan UiTM ini yang kini menjadi orang- orang yang berjaya dalam sektor awam dan swasta atau membuka perniagaan sendiri.

Hakikat bahasa Melayu sebagai bahasa utama tidak dipertikaikan. Tetapi itu tidak bermakna kita tidak harus mempelajari bahasa lain, terutama bahasa Inggeris yang memang menjadi bahasa utama dunia.

Pada saya, Dr. Mahathir berpandangan jauh ketika memperkenalkan PPSMI ini. Beliau menyedari orang Melayu mungkin menghadapi sedikit masalah di peringkat awal pelaksanaan.

Tetapi itulah sebenarnya matlamat beliau, untuk melihat orang Melayu gigih berusaha mencapai kejayaan, bukan hanya memilih mendapatkan sesuatu yang mudah. Sikap ini juga secara tidak langsung menanamkan kekentalan dan jati diri di kalangan orang Melayu.

Dr. Mahathir seorang pemimpin yang banyak berjasa kepada negara, malah di peringkat antarabangsa. Banyak yang telah beliau lakukan untuk meningkatkan kemakmuran negara dan rakyat melalui pelbagai dasar serta idea yang beliau perkenalkan.

Namun satu perkara yang saya tidak fikir Dr. Mahathir akan lakukan ialah merosakkan bangsa sendiri, atau merendahkan martabat bahasa Melayu, dengan melaksanakan PPSMI. Fahamilah apa yang tersirat di sebalik yang tersurat. Sekalipun Dr. Mahathir sudah tidak menjadi pemimpin, haruskah dasar yang baik yang beliau perkenalkan dimansuhkan?

MEGAT TERAWIS

Ipoh, Perak

UMO

Read more...

Pelajar dilarang bawa telefon bimbit

PUTRAJAYA: Berkuatkuasa serta-merta, semua pelajar dilarang membawa telefon bimbit ke sekolah termasuk sekolah berasrama bagi memastikan sistem pembelajaran dan pengajaran tidak terjejas.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata keputusan itu dibuat selepas kementerian menerima maklum balas daripada pelbagai pihak termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).

Katanya, larangan penggunaan telefon bimbit di sekolah sudah dikeluarkan menerusi Surat Pekeliling Bilangan 1/2006 bertarikh 20 Januari 2006.

"Walaupun larangan penggunaan telefon bimbit sudah dikeluarkan tetapi ia tidak dikuatkuasakan kerana kementerian menerima pelbagai rungutan daripada ibu bapa atas alasan sukar menghubungi anak masing-masing.

"Namun, kita rasa sudah tiba masanya larangan itu dikuatkuasakan kerana penggunaannya didapati menjejaskan tumpuan pelajar dalam kelas, sekali gus terhadap sistem pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid di sini, petang semalam.

BHO

Read more...

Pengetua, guru besar sorok kes buli ditukar

Sunday, March 8, 2009

KUALA LUMPUR: Pengetua dan guru besar yang cuai menjalankan tanggungjawab, termasuk sengaja merahsiakan kejadian buli di sekolah mereka bakal berdepan tindakan tata tertib ditukarkan ke sekolah lain.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mat Dom, berkata tindakan itu sebagai pengajaran kerana gagal melaporkan kejadian buli di sekolah masing-masing kepada Kementerian Pelajaran.

"Selain pengetua atau guru besar, pengurusan sekolah juga mungkin dikenakan tindakan tata tertib kerana turut lalai dalam menangani kes disiplin di sekolah, sekali gus mengundang kepada kejadian yang lebih serius pada masa depan.

"Bagaimanapun, tindakan ini bukan untuk menganiaya mana-mana guru terbabit malah ia tidak membawa kepada pelucutan jawatan, sebaliknya hanya diberi amaran awal dan jika kejadian sama berulang, baru tindakan sedemikian diambil," katanya ketika dihubungi Berita Minggu, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan tegas yang akan diambil kementerian dalam menangani masalah disiplin pelajar daripada terus berleluasa.

Alimuddin berkata, pengurusan sekolah termasuk penyelia asrama, kaunselor serta semua guru perlu menangani segera kes disiplin, sekali gus memperkasakan peraturan di sekolah.

"Contohnya, penyelia asrama perlu mengadakan perjumpaan bersama penghuni asrama dengan lebih kerap untuk mengetahui dan berbincang mengenai masalah yang dihadapi pelajar bagi mengelakkan ia menjadi punca kepada kes disiplin yang berlaku ketika ini," katanya.

"Kaunselor juga perlu kerap berjumpa pelajar secara individu atau berkumpulan bagi mendengar masalah mereka selain semua guru perlu menganggap diri mereka guru disiplin dalam erti kata lain membantu guru disiplin menangani isu itu," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan), Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim, berkata Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) perlu lebih peka terhadap kes buli di kawasan seliaan masing-masing serta tidak berdolak- dalik mengenai perkara itu.

"Jika berlaku kes buli di kawasan mereka, perlu dilaporkan segera dalam 24 jam supaya tindakan susulan diambil. PPD adalah mata dan telinga kementerian dan sekolah, jadi mereka perlu melaporkan dan berusaha menangani isu itu di peringkat bawah tanpa perlu membabitkan kementerian," katanya.

BMO

Read more...

Warden tetap sekolah diwujud

BATU PAHAT: Kementerian Pelajaran dijangka mewujudkan jawatan warden tetap yang bertanggungjawab sepenuhnya memantau serta mengawal pelajar sekolah, terutama di asrama.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata warden tetap itu akan dilantik di kalangan kakitangan kementerian yang menerima latihan khas bimbingan kaunseling serta memiliki kemahiran psikologi dan mereka bertugas 24 jam di asrama sekolah.

Beliau berkata, ketika ini warden asrama dilantik di kalangan guru sekolah dan mereka diberi elaun khas RM250 sebulan untuk melaksanakan tugas itu.

Bagaimanapun, katanya, keberkesanan pengawasan warden di kalangan guru dipersoalkan apabila sering berlaku kejadian pergaduhan atau buli di asrama.

"Ini berlaku kerana guru yang dilantik sebagai warden itu mempunyai tanggungjawab lain dan bagi yang sudah berkeluarga, tentunya tidak dapat memberi sepenuh perhatian di asrama kerana perlu meluangkan masa dengan anak dan isteri.

"Bukan kita hendak mempertikaikan warden sedia ada, tetapi kita mahu pengawasan yang lebih mantap dilaksanakan di asrama sekolah, sama seperti di asrama Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) Ke-34 dan Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yong Peng, di sini, semalam.

Dr Wee berkata, cadangan untuk mewujudkan jawatan baru itu akan dibincangkan dalam mesyuarat lembaga disiplin Kementerian Pelajaran, 17 Mac ini dan beliau berharap ia mendapat persetujuan semua pihak bagi memastikan pengawasan asrama sekolah yang lebih mantap.

"Jika menjadi kenyataan, warden tetap ini akan melaksanakan tugas seperti warden di asrama pelajar matrikulasi atau yang menjaga kolej kediaman institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

"Semua warden tetap yang bertugas di asrama matrikulasi atau IPTA bukan dilantik di kalangan kakitangan akademik, sebaliknya kakitangan kementerian yang menerima latihan khusus mengawal selia asrama serta menentukan disiplin pelajar," katanya.

Katanya, selain membincangkan perjawatan baru itu, mesyuarat lembaga disiplin itu nanti akan turut membincangkan isu penggunaan rotan untuk meningkatkan tahap disiplin pelajar selain mencari kaedah berkesan untuk menguatkuasakan larangan terhadap pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah.

BMO

Read more...

Guru adalah pendidik, bukannya polis

Isu membuli di sekolah kembali mendapat tempat dalam media massa selepas video membuli pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Oya, Sarawak disiarkan dalam Youtube.

Rentetan dari peristiwa itu, timbul pelbagai cadangan sama ada dari jabatan kerajaan, individu atau pertubuhan bukan kerajaan mengenai langkah-langkah yang pelu diambil bagi mengatasi masalah ini.

Sementara keprihatinan masyarakat dalam isu ini adalah baik, namun sikap segelintir anggota masyarakat yang tidak memahami gejala buli dan menyamakannya dengan gangsterisme adalah tidak wajar.

Gangster merujuk kepada penjenayah yang menjadi ahli sesuatu kumpulan jenayah. Tentulah tidak wajar untuk melabelkan pelajar yang melakukan salah laku disiplin di sekolah sebagai penjenayah.

Kita harus memahami bahawa buli ialah satu fenomena global. Buli bukan sahaja berlaku di negara ini tetapi juga di sekolah-sekolah di luar negara. Dianggarkan seramai 30 peratus pelajar sekolah di Amerika Syarikat pernah membuli atau menjadi mangsa buli. Sementara, seramai 20% pelajar di Australia dilaporkan terlibat dalam gejala ini.

Isu ini menarik minat pelbagai pihak untuk mengkaji. Penyelidik-penyelidik di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), umpamanya, telah membangunkan indeks bagi mengukur perlakuan buli di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah di negara ini.

Usaha ini adalah baik kerana ia membolehkan masyarakat melihat isu membuli ini secara rasional dan sistematik. Kementerian Pelajaran sewajarnya memanfaatkan kepakaran ini untuk membantu menangani kes-kes buli; sama ada yang dilaporkan dalam media massa atau sebaliknya.

Secara ringkasnya, buli ialah merupakan satu bentuk penyalahgunaan (abuse). Buli boleh berlaku dalam bentuk langsung (direct) seperti ejekan, ugutan, tekanan atau tindakan fizikal. Selain itu, buli juga boleh berlaku dalam bentuk yang tidak langsung (indirect) yang menyebabkan seseorang pelajar terpinggir dari kawan-kawannya.

Pelajar lelaki secara tipikal terlibat dalam buli berbentuk langsung, manakala pelajar perempuan membuli dengan cara tidak langsung seperti menyebarkan gosip atau melakukan pemisahan sosial (social isolation).

Seseorang menjadi pembuli kerana marahkan sesuatu, pernah dibuli, mempunyai keyakinan diri yang rendah, ingin berasa hebat dengan mengawal orang lain dan pelbagai faktor lagi.

Mangsa buli pula mempunyai ciri-ciri seperti malu, sensitif atau tidak yakin dengan diri sendiri. Dalam kes-kes tertentu, mereka menjadi mangsa disebabkan fizikal seperti gemuk, berbadan kecil atau kecacatan fizikal.

Walau apa pun kaedah membuli dan siapa yang menjadi mangsa buli, ia memberikan kesan psikologi yang mendalam kepada pelajar. Atas sebab itulah maka gejala membuli ini harus ditangani dengan bijak oleh ibu bapa dan pendidik.

Sementara hukuman keras boleh dipertimbangkan sebagai kaedah menangani buli, ia tidak semestinya merupakan satu pendekatan yang efektif. Dalam keadaan di mana hukuman tidak dilaksanakan secara yang adil dan dilihat adil, ia boleh meninggalkan kesan yang negatif kepada pelajar.

Lantaran itulah, maka ibu bapa dan pendidik disarankan untuk menerokai lain-lain pendekatan termasuklah kaedah pendidikan bagi menangani masalah buli ini.

Antara pendekatan yang boleh diambil ialah melengkapkan pelajar dengan skil komunikasi sosial yang baik. Salah satu kritikan yang diberikan terhadap Generasi Y dan Generasi Z (rata-rata mereka merupakan pelajar sekolah menengah dan rendah sekarang) ialah mereka kegersangan skil komunikasi sosial yang efektif.

Beberapa skil komunikasi sosial yang diperlukan ialah pengurusan konflik (conflict resolution), pengurusan kemarahan (anger resolution), skil asertif (assertive skills) dan skil perundingan (negotiation skills).

Skil yang disebutkan di atas boleh menyediakan pelajar yang berpotensi membuli atau bakal menjadi mangsa buli untuk menangani masalah tersebut.

Selain itu, pelajar juga harus dilibatkan dengan gaya hidup positif di dalam dan di luar persekitaran sekolah. Dengan cara ini, mereka akan terdedah kepada kehidupan yang lebih luas dan ini dapat membantu mematangkan pelajar.

Walaupun pelajar didedahkan kepada gaya hidup positif melalui aktiviti berstruktur sama ada kelab atau persatuan beruniform di sekolah, namun kelemahan yang ketara ialah aktiviti ini lebih berpusatkan kepada guru, bukannya pelajar. Dalam keadaan ini, aktiviti tersebut tidak banyak membantu pelajar menguasai skil-skil komunikasi sosial yang diperlukan.

Akhir sekali, pengurusan isu membuli ini haruslah dilihat dari perspektif yang betul. Ia bukanlah sesuatu yang berlaku secara bermusim, dan pelajar yang terlibat tidak wajar dilihat sebagai gangster yang harus dijatuhkan hukuman bunuh.

Seperti juga lain-lain salah laku pelajar, sebarang hukuman yang hendak dilaksanakan kepada pembuli hendaklah dengan penuh kasih-sayang dan bertujuan mendidik.

Guru bukanlah polis, pendakwa dan hakim. Mereka ialah pendidik!

MMO

Read more...

Pengalaman seorang guru, jurulatih dan pengkaji

Saturday, March 7, 2009

PADA tahun 2003, saya telah terbabit sebagai salah seorang jurulatih program Kursus Kepemimpinan Ketua-ketua Pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan pada ketika itu hangat diperkatakan tentang usaha pihak Sektor SBP Kementerian Pelajaran untuk menghapuskan konsep Senior-Junior di SBP.

Dalam usaha untuk menghapuskan konsep yang menjadi amalan tradisi ini, SBP memperkenalkan konsep sistem rumah di sekolah-sekolah berasrama penuh.

Melalui sistem rumah, semua pelajar disatukan mengikut rumah masing-masing seperti Rumah Biru, Merah, Kuning dan sebagainya dan dijenamakan mengikut kreativiti; misalnya ada yang menamakan Zamrud, Intan dan lain-lain berdasarkan sekolah.

Melalui sistem rumah, setiap apa jua sumbangan pelajar atau kesalahan pelajar akan diberi merit/demerit sama ada dalam kurikulum, kokurikulum, sahsiah dan sebagainya dan akan dikumpul mengikut rumah.

Markah-markah akan diumumkan dan dipaparkan di papan kenyataan. Tujuan sistem rumah adalah untuk membolehkan para pelajar bersaing secara sihat dan bersaing dalam satu keluarga, bukan mengikut batch; misalnya tingkatan satu lawan tingkatan tiga. Ini kerana sistem rumah menyatukan pelajar berbilang tingkatan dalam satu rumah.

Satu lagi usaha yang dilakukan ialah menyatukan pelajar berbagai-bagai tingkatan dalam satu bilik/dorm, bukan berasingan dorm. Selain itu, mentor-mentee juga diperkenalkan juga disesuaikan berdasarkan sistem rumah.

Melalui kaedah ini, setiap dorm mempunyai mentor yang akan memberi bimbingan, asuhan, kawal selia pada setiap minggu.

Bukan mudah sebenarnya menghapuskan konsep senior-junior di sekolah-sekolah berasrama. Ketika saya mengemudi latihan kepimpinan ketua-ketua pelajar SBP pada tahun 2003, saya menganjurkan perdebatan dalam kalangan ketua-ketua pelajar mengenai perlunya penghapusan konsep senior-junior. Saya dapati dalam kalangan ketua-ketua pelajar kebanyakan sekolah berasrama penuh yang elit, mereka begitu mempertahankan konsep ini. Sebaliknya, bagi SBP yang bersifat bongsu dan baru bercambah seperti SBP Integrasi, mereka kurang berminat mempertahankan tradisi turun-temurun ini.

Dalam pengamatan saya, konsep senior-junior ada baik dan buruknya. Kebaikannya sebagaimana hujah para penyokong dalam kalangan pelajar malah sesetengah guru dan warden di sekolah berasrama ialah memupuk budaya hormat-menghormati dan semangat kekitaan dalam kalangan pelajar satu batch.

Namun khilaf atau buruknya senior-junior di sekolah-sekolah adalah pemupukan sikap ketuanan yang ekstrem khasnya dalam kalangan pelajar senior. Hanya merasakan mereka sebagai senior, maka junior boleh dikerah sesuka hati.

Seperkara lagi, konsep senior-junior juga memupuk 'mahkamah rakyat' di sekolah-sekolah berasrama. Maksud saya dengan mahkamah rakyat adalah tindakan para pelajar menghakimi 'kes' dalam kalangan pelajar secara 'dalaman' tanpa membabitkan pihak pengurusan sekolah.

Nakal sangatkah pelajar yang membuli sebegini? Sebenarnya bagi saya yang kini dalam proses menyiapkan kajian mengenai masalah buli, tingkah laku buli dalam kalangan pelajar harus dilihat dalam perspektif yang lebih menyeluruh.

Kajian perlu dilakukan dari segi punca-punca seseorang itu membuli daripada menyalahkan itu dan ini. Saya pernah bersemuka dengan bekas pelajar yang pernah terlibat membuli pelajar yang kini mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang di IPTA. Pelajar yang terlibat dalam membuli ada kala mungkin berasa tercabar dari segi harga diri, ingin mempertahankan konsep senioriti, atau ada kala sebenarnya menghadapi masalah kawalan emosi natijah tekanan yang dialami di sekolah.

Usaha penghapusan buli dan menghapuskan konsep senior-junior sebenarnya bergantung rapat kepada sejauh mana telus dan giatnya usaha pentadbiran sekolah.

Pemupukan semangat kekeluargaan seperti melalui sistem rumah yang diamalkan di SBP sekarang dan mentor-mentee, pemupukan sikap I CARE dan WAYS (Walking Around Your School) yang diamalkan oleh Pengetua boleh mencegah gejala ini dalam jangka panjang.

ADIPUTERAJAGAT

UPSI, Tanjung Malim

UMO

Read more...

Apa kata bekas pelajar sekolah asrama

KISAH gangsterisme pelajar mengingatkan saya pada zaman persekolahan dahulu. Saya bersekolah di sebuah sekolah berasrama penuh di utara tanah air sekitar tahun 1986 hingga 1990.

Saya pernah menyaksikan sendiri seorang pelajar tingkatan lima pada ketika itu dirotan oleh pengetua sekolah kerana didapati bersalah membuli pelajar junior dengan memukulnya menggunakan kasut sukan. Pelajar itu seingat saya dirotan di hadapan semua pelajar dalam satu perhimpunan khas.

Pada hemat saya pada masa itu, hukuman rotan memang memberi kesan yang mendalam kepada kami semua kerana selepas itu cerita buli-membuli sudah tidak kedengaran lagi.

Namun begitu, pada masa kini hukuman rotan menjadi bentuk hukuman yang begitu 'kontroversi' di sekolah.

Memang kita perlu melihat kesannya dari pelbagai sudut, tetapi jika hukuman digantung persekolahan atau ditukarkan ke sekolah lain tidak dapat mengubah tingkah laku mahupun menimbulkan kesedaran di kalangan pelajar sekolah pada masa kini, mungkin pihak berwajib perlu melaksanakan hukuman rotan ini.

Apa yang saya utarakan ini hanyalah salah satu cara untuk menjatuhkan hukuman kepada pesalah. Bagaimana pula cara untuk mengelakkan terjadinya budaya gangsterisme ini?

Menghapuskan konsep senior-junior sebagaimana yang dicadangkan oleh Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) memang disokong. Namun begitu, konsep ini tidak pernah diajar di sekolah tetapi ia telah mula bertapak dan bersarang di minda pelajar sekolah dari saat mereka mula menjejakkan kaki di sekolah berasrama terutamanya.

Sebaliknya apa yang perlu dilakukan adalah dengan kembali kepada penerapan nilai murni (nilai Islam bagi yang beragama Islam) sejak di bangku sekolah rendah lagi.

IBU SARJANA

ex SMSAH

Taman Damansara Aliff

Johor Bahru

UMO

Read more...

Kembalikan rotan kepada guru

MASALAH buli, pukul dan gangsterisme semakin parah. Keadaan ini menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena kepada sistem pelajaran di sekolah. Ada beberapa perkara yang menyebabkan perkara ini semakin kronik kebelakangan ini. Adakah sekolah hanya tempat pembelajaran tanpa pendidikan?

Kuat saya ingin nyatakan di sini bahawa sekolah sudah kurang semangat pendidikan. Beban masalah disiplin ini tidak wajar diletakkan kepada guru disiplin atau guru sekolah sahaja.

Guru di sekolah kini tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Sejak hukuman rotan tidak lagi dibenarkan. Anak murid zaman ini semakin naik kepala. Mereka tidak lagi dapat dididik jika hanya dengan suara sahaja.

Akhirnya anak remaja ini menjadi ego. Apa yang guru boleh buat? Kita sejak zaman berzaman dahulu telah dididik dengan rotan sebagai 'alat bantuan mengajar' di rumah. Anak remaja kini begitu kurang ajar menghina gurunya sendiri. Memperlekehkan gurunya sendiri.

Umur sekitar 13-17 tahun adalah saat remaja sedang mencari identitinya. Di saat ini remaja sedang berusaha untuk menonjolkkan dirinya di kalangan rakan-rakan. Itu adalah fitrah biasa. Malangnya ramai anak remaja gagal untuk menonjolkan dirinya secara positif. Akhirnya anak remaja ini berusaha bersungguh-sungguh menonjolkan diri mereka sebagai juara dalam melanggar undang-undang sekolah.

Anak remaja ini berasa bangga apabila berani mencuba menghisap rokok, berani mencuri, berani mempunyai teman wanita, berani mencuba ektasi, berani mencuba dadah, gam, syabu dan yang paling parah ada di kalangan mereka berani meninggalkan solat. Paling menyedihkan apabila al-Quran tidak dijadikan panduan utama dalam mencari penyelesaian masalah ini.

Guru-guru perlu diangkat maruah mereka. Kedudukan guru yang mulia wajar diangkat kembali.

Kembalikan kuasa merotan kepada guru. Remaja kini semakin berani kerana guru sudah hilang 'alat bantuan' mengajar itu.

FIRDAUS KHAIRI

Putrajaya

Read more...

Kedudukan bahasa Melayu dipertahan

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan tidak pernah berganjak daripada terus menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan rasmi dalam sistem pendidikan negara.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pada masa sama rakyat tidak harus terlalu taksub sehingga menolak unsur daripada tamadun luar yang dapat membantu memperkayakan ilmu, teknologi dan kebudayaan negara.

"Di persimpangan ini, perlu diakui bahawa bahasa Melayu masih lagi dianggap muda dari segi pengistilahan sains dan teknologi berbanding bahasa Inggeris yang diterima sejagat sebagai bahasa ICT (teknologi maklumat dan komunikasi)," katanya berucap pada majlis kemuncak Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2009 Piala Timbalan Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, malam tadi.

Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

"Pada hemat saya, yang penting dalam menghadapi globalisasi ialah sikap dan pertimbangan rasional kita dalam memilih dan memutuskan perkara yang munasabah untuk dimanfaatkan, bukan menolak asas globalisasi secara melulu," katanya.

Beliau berkata, menerusi sikap itu, bahasa Melayu akan dapat diperkasakan dan berupaya berkembang, khususnya di negara masyarakat penutur seperti Indonesia dan Brunei.

Najib berkata, penguasaan bahasa asing tidak semestinya melunturkan jati diri dan daya intelek seseorang, sebaliknya ia akan memperkukuhkan perasaan sayang terhadap bangsa dan bahasanya.

"Dalam konteks Malaysia, penguasaan bahasa asing tidak seharusnya dilihat melunturkan kepentingan bahasa Melayu itu sendiri," katanya.

Najib juga berkata, dalam era ICT, bahasa Melayu wajar mengambil peluang daripada pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan atau K-Ekonomi untuk menyediakan ruang yang mencukupi kepada masyarakatnya.

"Bahasa Melayu perlu cukup utuh untuk mengemudi masyarakat penuturnya agar bergerak seiring dengan arus pembangunan K-Ekonomi dalam dunia yang semakin kompleks," katanya.

Beliau berkata, bahasa Melayu berpotensi untuk dikembangkan di kalangan negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) dengan memperkenalkannya di institusi pengajian tinggi di sana menerusi pengeksportan ilmu dan kemahiran yang ada pada Malaysia.

Dalam negara pula, katanya, institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) perlu mengambil tanggungjawab serius memperkenalkan bahasa dan tamadun Melayu dalam kurikulumnya.

Read more...

PM mahu kementerian segera selesai isu PPSMI

PETALING JAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu Kementerian Pelajaran menyelesaikan segera isu Pengajaran dan Pembelajaran Sain dan Metematik Dalam bahasa Inggeris (PPSMI) sebelum masalah itu menjadi lebih besar.

Perdana Menteri berkata, isu PPSMI itu sudah menjadi besar dan sensitif dan banyak desakan kuat dibuat rakyat, khususnya orang Melayu, supaya tindakan segera diambil.

"Kerajaan akan mengambil perhatian isu itu dan mahu Kementerian Pelajaran selesaikan segera," katanya pada sidang media selepas melancarkan buku Dragonfire Hammer di sini, hari ini.

Read more...

Guru BI disimbah asid

Thursday, March 5, 2009


KUALA LUMPUR: Seorang guru Bahasa Inggeris nyaris buta mata kanan selepas disimbah dengan cecair dipercayai asid oleh lelaki yang menunggang motosikal di luar pintu pagar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bandaraya di sini, petang kelmarin.

Mangsa, 25 tahun yang tidak mahu namanya disiarkan terpaksa dikejarkan ke Pusat Perubatan Hospital Universiti Malaya (PPUM) selepas mata kanannya dimasuki cecair itu.

Ketika kejadian jam 4 petang itu, mangsa sedang menunggu suami untuk pulang ke rumah, bersama beberapa pelajar sekolah.

Katanya, ketika itu seorang lelaki menaiki motosikal jenis Honda, berpakaian hitam dan memakai topi keledar berpenutup penuh masuk ke kawasan sekolah.

"Saya ingatkan dia sedang mencari anaknya. Dia kemudian memberhentikan motosikal berhampiran saya dan mengeluarkan botol mineral mengandungi cecair berwarna merah dan menuangkannya ke dalam cawan plastik sebelum mencurahnya ke arah muka saya. Dia kemudian melarikan diri menaiki motosikalnya.

"Saya terkejut dan meraung kesakitan selepas cecair itu memasuki mata dan terkena muka. Terasa pedih amat sangat seperti terbakar, selain sesak nafas.

"Saya berlari masuk dan mencuci muka. Malah, baju saya juga berlubang akibat terkena cecair itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Akibat kejadian itu, kornea matanya 70 peratus terbakar, manakala kulit bawah matanya turut melecur.

Beliau tidak menolak kemungkinan menjadi mangsa keadaan.

Katanya, kira-kira seminggu lalu, berlaku salah faham antara sekumpulan pelajar dengan seorang guru lain di sekolah itu.

Katanya, kejadian itu mungkin menyebabkan timbul perasaan tidak puas hati di kalangan pelajar terbabit dan mengambil tindakan sedemikian seperti membalas dendam.

"Selama satu tahun dua bulan mengajar di sekolah ini, saya tiada musuh atau memarahi sesiapa yang boleh mengakibatkan timbul perasaan tidak puas hati.

"Saya tak tahu motif sebenar tetapi kes ini sudah dilaporkan kepada polis," katanya.

"Doktor yang merawat memberikan cuti kecemasan dan perlu mendapatkan rawatan pakar mata dari semasa ke semasa," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Talib yang dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, polis akan menyiasat motif serangan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di talian 03-22742222.

Read more...

Himpunan Aman 100,000 serah memo PPSMI tetap diteruskan

SHAH ALAM: Himpunan Aman 100,000 orang sempena majlis penyerahan memorandum memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di hadapan Istana Negara pada 7 Mac ini akan tetap diteruskan walaupun tanpa permit polis, kata Pengerusi Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP), Datuk Dr Hassan Ahmad.

"Kita bukan mahu mengadakan demonstrasi tetapi sekadar mempersembahkan memorandum pemansuhan PPSMI kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

"Itu salahkah? Saya rasa ia tidak perlu permit (polis) pun," katanya ketika ditanya wartawan pada majlis perjumpaan GMP bersama persatuan yang menyokong gerakan itu di sini, malam kelmarin. Hadir sama, Saste-rawan Negara, Datuk A Samad Said.

Hassan yang juga bekas Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berkata, memorandum setebal lapan halaman dengan menggunakan bahasa istana itu ditandatangani beliau serta lima ahli GMP.

Katanya, setiausaha sulit kanan baginda sudah dihubungi pagi kelmarin bagi tujuan itu.

Memorandum itu antara lain menyembah maklum kepada baginda yang PPSMI yang diperkenalkan pada 2003 adalah satu keputusan yang silap dan perlu dikembalikan kepada bahasa ibunda, katanya.

Setiausaha GMP, Hasni Abas, pula berkata gerakan itu sudah menghantar permohonan mendapatkan permit ke Bukit Aman pada Sabtu lalu tetapi diminta berbuat demikian di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Setakat ini, katanya, GMP belum mendapat kelulusan polis untuk perhimpunan itu.

Beliau mendakwa, gerakan itu mendapat sokongan 132 gabungan mewakili pelajar, kesatuan sekerja, persatuan ulama dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Kebangsaan serta masyarakat Orang Asli di Tapah, Perak, yang bersetuju menghantar dua bas rombongan peserta.

Sementara itu, kenyataan GMP yang diedarkan pada perjumpaan itu mendakwa, Kumpulan Penyokong, Ibu Bapa Untuk Pendidikan (Page) sengaja menyembunyikan fakta peratusan pendedahan Bahasa Melayu di peringkat sekolah menengah atas, matrikulasi dan universiti yang terlalu kecil dan boleh disifatkan seperti `melukut di tepi gantang'.

Peratusan dedahan dipaparkan Page menunjukkan Bahasa Melayu masih mengatasi bahasa Inggeris hanya untuk sekolah rendah dan sekolah menengah rendah sebaliknya peratusan dedahan di tingkatan lima sains adalah sekitar 60 peratus manakala di tingkatan enam sains dan matrikulasi, hanya 20 peratus.

Berikutan itu, GMP mempersoalkan kenapa Page mahu menegakkan `benang basah' dengan mengatakan PPSMI tetap mempertahankan martabat Bahasa Melayu.

Kenyataan itu adalah reaksi balas GMP berhubung pendapat Presiden Page, Datin Noor Azimah Abdul Rahim dan Ahli Jawatankuasanya, Sulaiman Mahran yang mempertahankan pelaksanaan PPSMI seperti disiarkan Berita Minggu menerusi ruangan `Soal Jawab' pada 1 Mac lalu.

Page antara lain berhujah istilah dalam bahasa Inggeris lengkap berbanding Bahasa Melayu yang masih kekurangan dan terhad.

Read more...

Sekolah sesak murid guna tikar


DENGKIL: Berdasarkan infrastruktur yang dimiliki, Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana (SKTPP) di Puchong, dekat sini, hanya mampu menampung kira-kira 1,000 murid.

Bagaimanapun, peningkatan dalam jumlah penduduk di kawasan itu menyebabkan ia kini menjadi sekolah kepada lebih 2,000 pelajar, sekali gus menyebabkan berlaku kekurangan bilik darjah dan sekolah menjadi sesak.

Berikutan itu, sebahagian pelajar terpaksa mengikuti sesi pelajaran mereka dalam dua kabin yang dijadikan kelas sementara dalam keadaan panas dan kurang selesa berikutan setiap kelas dipenuhi lebih 40 pelajar.

Kawasan berbumbung yang sebelum ini adalah tempat letak basikal pelajar juga terpaksa dikosongkan untuk dijadikan tempat perhimpunan menyebabkan mereka terpaksa meletakkan basikal di tempat lain.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, Shaharuddin Ajam, berkata pada masa ini, SKTPP mempunyai 2,517 murid berikutan berlaku pertambahan mendadak murid kerana banyak kawasan perumahan baru wujud di sekitarnya seperti Taman Putra Perdana, Taman La Cottage, Nusa Putra dan Aman Putra.

"Disebabkan terlalu ramai murid, aktiviti kokurikulum sukar dijalankan kerana sekolah tidak mempunyai kawasan sesuai termasuk padang yang tidak sempurna.

"Sebahagian murid terpaksa mengikuti pembelajaran mereka di empat kelas dalam dua kabin yang dibekalkan Kementerian Pelajaran sebagai bangunan sementara," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Shaharuddin berkata, bangunan empat blok sekolah berkenaan tidak mencukupi untuk menampung murid yang terlalu ramai dan mencadangkan sekolah baru dibina di kawasan berkenaan untuk mengatasi masalah itu.

Beliau mendakwa, PIBG sudah menghantar surat kepada Kementerian Pelajaran berhubung perkara itu tetapi belum ada tindakan lanjut. Sekolah itu dibuka pada 2003.

Sekolah rendah yang paling hampir dengan SKTPP ialah Sekolah Kebangsaan Puchong Utama, lima kilometer dari situ.

Sehubungan itu, katanya, pihak pengurusan sekolah terpaksa membuka antara enam hingga 12 kelas untuk menempatkan murid Tahun Satu hingga Enam dengan purata 40 pelajar setiap kelas.

"Sekolah juga terpaksa membuka dua sesi persekolahan iaitu Tahun Satu, Lima dan Enam pada sebelah pagi manakala Tahun Dua, Tiga dan Empat pada sebelah petang.

"Malah, waktu rehat murid juga terpaksa diadakan sebanyak empat sesi masing-masing dua untuk sesi pagi dan sesi petang," katanya.

Tinjauan Berita Harian ketika waktu rehat mendapati, keadaan di kantin sekolah itu juga sesak walaupun ketika itu hanya pelajar Tahun Lima dan Enam yang memenuhi kantin.

Sekolah itu juga tidak mempunyai kemudahan seperti dewan tertutup.

Sementara itu, ibu seorang pelajar, Wan Saleha Wan Hassan, 48, berkata bilangan murid yang ramai di sekolah itu menyebabkan anak mereka belajar dalam keadaan tidak selesa, selain tidak dapat melakukan kegiatan kokurikulum selepas waktu persekolahan dengan sempurna.

"Saya sedih melihat kekurangan di sekolah ini berikutan jumlah murid yang terlalu ramai, sekali gus merencatkan pelbagai aktiviti murid yang memberi kesan jangka panjang kepada mereka," katanya.

"Kami berharap sekolah baru segera dibina di kawasan ini memandangkan lebih ramai penduduk akan berpindah ke sini, malah saya difahamkan lebih 500 murid sudah didaftarkan untuk memasuki Tahun Satu bagi sesi tahun depan," katanya.

BH Online

Read more...

Polis, kementerian bincang isu keganasan sekolah

KUALA LUMPUR: Polis akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pelajaran bagi mencari jalan menangani keganasan di sekolah, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin.

Katanya, polis mahu mendapatkan pandangan kementerian mengenai peranan boleh dimainkan pasukan itu dalam membantu mengatasi masalah berkenaan.

"Kita mahu kawal keadaan sebelum menjadi parah. Kita juga tidak mahu sekolah menjadi tempat melahirkan penjenayah," katanya ketika ditemui selepas menutup Persidangan Pegawai Turus D10 (Forensik) dan menyerahkan Polilight serta Kit Forensik di Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada 14 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini, semalam.

Sejak awal bulan lalu, 10 kes keganasan membabitkan pelajar dilaporkan di seluruh negara, dengan yang terbaru seorang pelajar lelaki tingkatan tiga di Mentakab, Pahang cedera parah selepas dibelasah 10 rakan sekolahnya, kelmarin.

Mohd Bakri berkata, polis sebelum ini melantik Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) bagi membantu menangani masalah itu.

Katanya, perancangan sedang dibuat untuk membawa konsep polis kemasyarakatan ke sekolah, dengan bantuan PPS dan Program Rakan Muda.

Beliau bagaimanapun berkata, PPS tidak mungkin diletakkan di sekolah sepanjang masa dan memerlukan kerjasama pengurusan sekolah, ibu bapa dan masyarakat turut serta membantu.

Sementara itu, Mohd Bakri berkata, pengagihan 10 Polilight iaitu sejenis alat yang memancarkan cahaya bagi mengesan bahan bukti seperti darah dan air mani berharga RM1.99 juta serta 17 Kit Forensik berharga RM3.36 juta ke semua negeri, bertujuan meningkatkan prestasi siasatan di tempat kejadian (CSI) khususnya mengumpul bukti forensik.

"Malah, bagi memperkemaskan lagi siasatan forensik, kita rancang menjadikan D10 (Unit Forensik) sebagai satu jabatan diketuai pengarahnya sendiri," katanya.

Mohd Bakri juga berkata, seorang pakar forensik Jepun, Araki Masato kini ditempatkan di Makmal Forensik PDRM sejak 2 Mac lalu, untuk berkongsi kepakaran, pengetahuan dan maklumat mengenai siasatan forensik antara Jepun dan Malaysia.

BH Online

Read more...

4 pelajar digantung

MUKAH: Jawatankuasa Disiplin Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Oya, Dalat, membuat keputusan menggantung antara tujuh dan 14 hari sesi persekolahan termasuk membuang asrama empat daripada sembilan pelajarnya yang terbabit dalam kejadian membuli seorang pelajar Tingkatan Tiga sekolah yang sama.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Sarawak, Dr Julaihi Bujang, berkata empat pelajar berhadapan hukuman buang asrama dan digantung 14 hari sementara lima pelajar dan mangsa digantung tujuh hari, namun mereka dibenarkan terus tinggal di asrama.

Katanya, semua pelajar berkenaan selepas ini akan diarahkan menghadiri sesi kaunseling khas yang akan dikendalikan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Mukah dan pada masa sama pihaknya tidak akan mencampuri urusan polis yang turut menjalankan siasatan ke atas mereka.

"Perbuatan mereka membuli sememangnya sesuatu yang serius namun kami terpaksa berlaku adil kerana tindakan membuang akan hanya menyulitkan keadaan berikutan ada antara mereka dalam persediaan menghadapi peperiksaan penting.

"Bagaimanapun mereka tidak akan dilepaskan dengan Jawatankuasa Disiplin SMK Oya memutuskan mereka dihukum digantung sekolah antara tujuh dan 14 hari, selain empat dari mereka dibuang serta merta dari asrama sekolah selain diberi amaran keras tidak mengulangi kesalahan ini," katanya ketika ditemui Berita Harian selepas menghadiri mesyuarat bersama ahli jawatankuasa disiplin berkenaan di SMK Oya di sini, semalam.

Mesyuarat turut dihadiri Pegawai Pelajaran Daerah Dalat, Tamit Yusof dan Pengetua SMK Oya, Piel Adeng.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang, 16 Februari lalu, sembilan pelajar sekolah berkenaan didapati dengan sengaja menumbuk dan menendang berkali-kali seorang pelajar tingkatan tiga di tingkat bawah asrama sekolah itu selain bertindak merakam kejadian itu dengan menggunakan telefon bimbit berkamera.

Rakaman kejadian berkenaan kemudian disebarkan ke laman web You Tube pada 23 Februari lalu oleh pihak ketiga menyebabkan keluarga mangsa bertindak membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dalat pada hari yang sama sebelum satu lagi laporan polis mendakwa mangsa mencuri dibuat di balai yang sama Isnin lalu.

Julaihi berkata, kejadian berkenaan seharusnya dijadikan pengajaran kepada pelajar berkenaan agar tidak bertindak sesuka hati sehingga berani menyerang dan membelasah pelajar lain walaupun mangsa ada melakukan kesalahan.

"Sekiranya ada antara mereka yang terpaksa dibuang, sudah semestinya pelajar yang dilihat menggunakan cerek besi menghentak mangsa akan menerima hukuman paling berat namun saya rasa hukuman ini sudah dianggap wajar berikutan kesalahan ini dilakukan secara bersama.

"Mereka semua mempunyai masa hadapan yang baik dengan tindakan membuang sekolah hanya akan menyebabkan mereka ketinggalan dari segi pelajaran sedangkan sekolah ini adalah antara yang terbaik di kawasan luar bandar negeri ini," katanya yang turut melawat asrama sekolah SMK Oya.

Mengulas mengenai siasatan yang dilakukan pihak polis, Julaihi berkata, pihaknya tidak akan mencampuri urusan pihak berkenaan berikutan mereka sudah selesai merakam percakapan ke atas semua pelajar dan mangsa berikutan terdapat laporan rasmi mengenainya dibuat.

"Pihak sekolah sudah memberikan kerjasama pada polis bagi menjalankan siasatan dan tidak wajar kami mencampuri urusan berkenaan. Biar polis mengesan siapa sebenarnya yang menghantar rakaman kejadian kepada laman web di internet dan mengambil tindakan lanjut.

"Selepas ini, kami akan mengatur satu majlis bagi membolehkan keluarga pelajar dan mangsa bertemu dan bermaafan bagi mendamaikan keadaan," katanya.

BH Online

Read more...

Kejadian pelajar dibelasah menjadi-jadi

KUANTAN 4 Mac - Kejadian buli melibatkan pelajar sekolah semakin menjadi-jadi.

Belum pun selesai kes di Mukah, Sarawak, muncul pula kejadian terbaru membabitkan seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun dibelasah oleh sekumpulan 10 pelajar berhampiran sebuah sekolah di Mentakab, semalam.

Kejadian pukul 'ala gengster' kira-kira pukul 1.30 petang itu mengakibatkan pelajar tingkatan tiga berkenaan 'lembik' sehingga terpaksa dipapah pulang ke rumah oleh rakannya.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Siasatan dan Perundangan Pahang, Supritendan Mohd. Haris Daud berkata, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh untuk mendapatkan rawatan.

"Mangsa yang baru berpindah Januari lalu dibelasah di luar kawasan sekolah selepas tamat waktu persekolahan.

"Difahamkan, mangsa dipukul beramai-ramai di kawasan lapang di hadapan sekolah berkenaan akibat salah faham dengan salah seorang pelajar dari sekolah yang sama," katanya semasa ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini.

Menurut Mohd. Haris, akibat kejadian itu, mangsa mengalami lebam-lebam seluruh badan dan dirawat di hospital berkenaan sebagai pesakit luar.

"Polis masih belum membuat sebarang tangkapan dan menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

"Ketika kejadian, tiada sebarang senjata digunakan untuk mencederakan mangsa,'' jelasnnya.

Utusan Online

Read more...

Biar pewaris bangsa tentukan

CADANGAN pelaksanaan PPSMI terus dipertikaikan. Malahan terdapat suara-suara sumbang yang meminta Menteri Pelajaran meletakkan jawatan jika PPSMI tidak dimansuhkan. Sebagai seorang pelajar di salah sebuah IPTA, saya berasa amat sedih dan terkilan dengan situasi ini.

Saya mengakui sewaktu pertama kali PPSMI diperkenalkan pada 2003, saya dan rakan-rakan mengeluh kerana kami hanyalah budak kampung yang cetek ilmunya dalam bahasa Inggeris. Malah kami tidak pernah terfikir untuk mendalami bahasa Inggeris dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. Kami amat risau akan ketinggalan dalam mata pelajaran Sains dan Matematik yang akan diajar dalam bahasa Inggeris. Begitulah pemikiran budak-budak kampung pada waktu itu.

Setelah saya mula mempelajarinya, saya merasakan pembelajaran kedua-dua mata pelajaran ini amat menyeronokkan malahan lebih mudah. Dengan semangat yang membara, kami memasang tekad untuk memajukan diri dan mengubah nasib keluarga.

Alhamdulillah saya dan rakan-rakan berjaya memperoleh 8A dalam PMR 2005 dan 9A1 dalam SPM. Ramai di kalangan kami yang diterima masuk ke IPTA dan menerima bantuan biasiswa daripada Mara dan JPA.

Ternyata pepatah Melayu, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih ada kebenarannya. Apa yang ingin saya tekankan di sini adalah usaha, tekad dan keberanian untuk mencuba adalah faktor yang paling penting bagi memastikan kaum Melayu melangkah setapak lebih maju lagi.

Walaupun ada di antara kita yang berasal dari desa, di ceruk pedalaman dan sebagainya, ia bukanlah alasan untuk tidak berjaya sekiranya PPSMI diteruskan.

Jika dilihat dari sudut positif, PPSMI sebenarnya memberikan banyak kebaikan. PPSMI merupakan salah satu platform awal untuk para pelajar membiasakan diri dengan bahasa Inggeris.

Mengikut kajian, umur yang paling baik untuk menyerap dan mempelajari sesuatu bahasa dan ilmu ialah pada lingkungan umur tiga hingga sembilan tahun.

Kakak saya pernah mengadu kepada saya bahawa dia mengalami kesukaran belajar di universiti yang subjeknya diajar dalam bahasa Inggeris kerana dia tidak pernah didedahkan dengan penggunaan bahasa Inggeris yang luas sejak dari kecil kecuali sewaktu kelas Bahasa Inggeris di sekolah.

Kakak saya juga sering meminta bantuan saya sekiranya ingin menghasilkan ayat yang baik dalam bahasa Inggeris. Amat jelaslah di sini bahawa masalah-masalah seperti ini pasti akan timbul di kemudian hari sekiranya bahasa Inggeris tidak dipraktikkan sedari awal pembelajaran.

Cuba tuan-tuan dan puan-puan bayangkan jika PPSMI dimansuhkan, anak-anak kita tidak akan mempelajari bahasa Inggeris lagi kecuali sewaktu kelas Bahasa Inggeris. Apabila anak kita dewasa dan ditawarkan belajar di luar negara, adakah bahasa Melayu yang menjadi bahasa pertuturan?

Walaupun kita melarikan diri daripada bahasa ini pada awalnya, kita tetap perlu menempuhinya pada masa hadapan. Selain itu kebanyakan bahan-bahan rujukan dan maklumat di dalam Internet adalah di dalam bahasa Inggeris.

Saya tidak dapat memahami mengapa golongan cerdik pandai seperti Gapena berterusan membantah pelaksanaan PPSMI. Tindakan mereka ini sebenarnya memundurkan bangsa Melayu sendiri.

Sekiranya mereka ingin memperjuangkan bahasa Melayu, mengapa tidak mempersoalkan sesetengah syarikat yang mengenakan syarat terhadap pengambilan pekerja baru supaya tahu berbahasa Mandarin?

Mereka juga seharusnya memperjuangkan agar bahasa Melayu digunakan di papan-papan tanda di Pulau Pinang. Selain itu, mengapa Gapena tidak mengambil tindakan terhadap drama-drama Melayu yang kebanyakannya menggunakan bahasa rojak? Mempelajari bahasa Inggeris bukanlah bererti kita mengetepikan dan melupakan bahasa ibunda kita yang tercinta.

Bahasa Melayu tetap digunakan dalam pertuturan seharian kita malahan kedudukan bahasa Melayu tidak akan tercabar walaupun PPSMI diteruskan.

Di samping itu, mereka juga sepatutnya bertanya pendapat para pelajar tentang pelaksanaan PPSMI dan bukannya bertindak atas alasan politik.

Jadi, fikir-fikirkanlah. Siapa yang bakal mewarisi tampuk pemerintahan negara pada masa akan datang? Adakah remaja yang tiada kesungguhan dan keberanian? Atau kita menginginkan seorang pemimpin yang berdisiplin, berpandangan jauh, berkeyakinan, petah berbahasa Inggeris dan menyanjung tinggi bahasa Melayu serta dapat membawa Malaysia seiring dengan kuasa-kuasa besar yang lain.

Segala keputusan hari ini, pasti memberi kesan pada hari esok.

WEE NAJIE,

ANAK KAMPUNG PEWARIS

Utusan Online

Read more...

Hapus konsep senior-junior

KUALA LUMPUR 4 Mac – Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) hari ini mencadangkan supaya konsep senior-junior di asrama dihapuskan kerana berpendapat ia adalah faktor penyumbang kepada kejadian gengsterisme di sekolah.

Presidennya, Prof. Madya Datuk Mohamad Ali Hasan berkata, selain itu konsep berkenaan turut menyumbang kepada kejadian sosial lain seperti seks bebas serta membawa masuk pengaruh luar ke sekolah.

Beliau mencadangkan perkara itu sebagai antara langkah bagi membanteras gengsterisme di sekolah yang kini dilihat semakin berleluasa sehingga membabitkan kematian dan menimbulkan kegelisahan ibu bapa.

Walaupun Kementerian Pelajaran memandang serius gejala itu dan pernah dilapor mengenakan hukuman berat terhadap pelajar yang terlibat, hukuman seperti dibuang sekolah dan tindakan disiplin seolah-olah tidak memberi kesan dan pengajaran kepada mereka.

Baru-baru ini di Kuching, seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah berasrama di Dalat disepak dan dipukul termasuk dengan menggunakan cerek air oleh sekumpulan pelajar lain yang masih berpakaian seragam sekolah dalam sebuah bilik asrama.

Di Kuala Lumpur pula, seorang pelajar tingkatan empat meninggal dunia di hospital setelah tidak sedarkan diri akibat cedera parah di kepala kerana dibelasah berhampiran sekolahnya di Cheras pada 13 Februari lepas gara-gara berebut teman wanita.

Mohamad Ali berkata, konsep senior-junior itu akan memburukkan lagi keadaan apabila seseorang pelajar itu yang telah berada lama di sesebuah sekolah atau asrama berasa bahawa dia lebih berkuasa dan berhak membuat sesuka hatinya.

Beliau memberitahu Bernama di sini hari ini bahawa selain konsep itu harus dihapuskan, warden di sekolah berasrama juga perlu meningkatkan lagi rondaan di blok asrama tanpa mengira waktu.

“Apa yang penting ialah bagaimana warden itu termasuk ibu bapa, pihak sekolah dan PIBG memainkan peranan mereka. Semua pihak perlu peka mengenai sebarang perubahan tingkah laku pelajar. Kekerapan meronda di blok-blok asrama juga perlu dilakukan tanpa mengira waktu,” katanya.

Mohamad Ali yang juga Naib Yang Dipertua Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) berkata, kerjasama polis untuk membuat rondaan secara kerap di persekitaran kawasan sekolah juga dilihat mampu membendung kejadian gengsterisme.

Selain itu, Mohamad Ali turut menggesa supaya hukuman rotan secara tertutup diaktifkan bagi menghukum pelajar yang terlibat dalam kejadian gengsterisme.

“Saya juga mencadangkan agar hukuman itu (rotan secara tertutup) dilakukan oleh ibu bapa pelajar terbabit dan untuk merotan, pihak sekolah mestilah mempunyai bukti yang kukuh sebelum menjatuhkan hukuman rotan.

“Dengan cara ini, pelajar itu akan sedar dan tidak akan mengulanginya kerana dia tahu ibu bapanya juga tidak berkompromi dengan kesalahan dilakukannya,” katanya. – Bernama

Utusan Online

Read more...

Syor tangani kes buli cara Islam

Wednesday, March 4, 2009

KES buli pelajar kini bagaikan 'pesta' berikutan terpampang satu demi satu di media mengenai pembongkaran masalah gengsterisme di sekolah.

Kejadian buli boleh dianggap tradisi, terutama di asrama sekolah. Selalunya pelajar senior Tingkatan Empat hingga Tingkatan Enam yang melakukan perkara itu. Pelajar junior yang bermasalah dan disyaki bersalah seperti mencuri, menghisap rokok dan ponteng tidak terus dihadapkan kepada lembaga disiplin sekolah atau asrama tetapi kepada pelajar senior untuk diambil tindakan dan hukuman.

Tindakan yang diambil pelajar senior adalah dengan memukul mangsa sehingga pengsan, luka, patah, malah ada yang sampai mati. Perkara itu memang kesalahan yang sukar dimaafkan kerana tindakan diambil pelajar berkenaan menyalahi undang-undang.

Sepatutnya, jika pelajar membuat masalah, perlulah terus dihadapkan kepada lembaga disiplin sekolah atau asrama kerana tindakan disiplin akan diambil mengikut prosedur.

Kes gengsterisme sekolah juga tidak pernah peduli sama ada pelajar terbabit benar atau tidak, yang penting mereka mahu melepaskan geram terhadap junior.

Masalah itu sukar diselesaikan, namun sekiranya semua pihak berganding bahu mendokong penyelesaiannya secara berhikmah, ia pasti berjaya. Dicadangkan masalah gengsterisme pelajar beragama Islam perlu ditangani secara Islam.

Dengan menanam nilai kerohanian dalam diri semua pelajar seperti dekati pelajar dengan al-Quran, suasana sekolah berlanskap Islamik contohnya papan tanda yang memuji Allah SWT boleh mewujudkan kesedaran.

Kebanyakan pelajar kini kurang mengenali huruf al-Quran apatah lagi membacanya.

Sekolah bertanggungjawab memastikan kes itu tidak berulang. Guru disiplin perlu lebih tegas dalam memastikan masalah buli tidak berleluasa. Cadangan pembaca, Hasnol Hassan dalam ruangan ini, dengan menanam nilai kerohanian melalui Badan Dakwah dan Kerohanian Sekolah (Badar) adalah langkah bijak.

Jika semua pelajar terbabit dalam badan dakwah ini secara tidak langsung suasana sekolah dan asrama lebih berunsurkan Islam akan memberi kesan dalam diri pelajar dan secara tidak langsung pelaksanaan program kerohanian dapat berjalan dengan lancar di sekolah dan asrama.

ZULZAIDI MAHMOD,
Universiti Malaya
Kuala Lumpur.

Berita Harian Online

Read more...

Isu disiplin pelajar tiada penghujung

ISU disiplin pelajar dan guru adalah perkara yang tiada noktah serta penyelesaian muktamad, sebaliknya perlu ditangani secara berterusan, kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Sehubungan itu, katanya, sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan dua tahun lalu bagi menangani isu berkenaan dan kini ia sudah diinstitusikan dalam kementerian terbabit.

"Ini adalah supaya apabila wujud kes seperti ini (disiplin), ia dapat disiasat, dikaji dan diteliti kerana semua orang tahu bahawa saya tidak berkompromi langsung.

"Namun, ia harus disiasat secara adil supaya tiada mana-mana pihak dianiaya," katanya ketika menjawab soalan tambahan Nasharudin Mat Isa (Pas-Bachok).

Hishammuddin mengingatkan bahawa bukan semua daripada lebih lima juta pelajar sekolah di negara ini terbabit dalam aktiviti buli atau kes tidak berdisiplin.

Terdahulu ketika menjawab soalan Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman (BN-Lipis), beliau berkata, kementerian sedar terhadap keperluan mewujudkan sekolah khas bagi menampung ramai pelajar cemerlang.

"Kita prihatin terhadap pelajar cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR), tetapi tidak berpeluang memasuki sekolah berasrama penuh atau Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

"Jadi, kementerian mewujudkan kluster kecemerlangan institusi pendidikan yang membabitkan semua kategori sekolah, termasuk memilih 23 sekolah menengah harian setakat ini sebagai sekolah kluster kecemerlangan," katanya.

Selain itu, beliau berkata, kementerian juga melaksanakan pembestarian sekolah dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi serta mengadakan Kelas Rancangan Khas di sekolah terpilih.

Berita Harian Online

Read more...

Guru kaunseling cabul gagal ketepi penjara, sebat

PUTRAJAYA: Guru kaunseling yang didapati bersalah mencabul guru pelatih wanita yang kononnya terkena sihir, ketika upacara mengeluarkan katak daripada rahim mangsa, gagal dalam rayuan untuk mengetepikan penjara dua tahun dan satu sebatan yang dikenakan terhadapnya.

Mohd Aarif Md Yusuf, akan menjalani hukuman itu mulai semalam selepas permohonan untuk mendapatkan kebenaran merayu daripada Mahkamah Rayuan di sini ditolak.

Hakim Datuk Low Hop Bing bersama-sama Hakim Datuk Hasan Lah dan Hakim Datuk Abdul Malik Ishak sebulat suara menolak permohonannya selepas mendapati ia tidak mempunyai merit.

Pada 4 Jun 2007, Mohd Aarif didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Butterworth, terhadap tuduhan mencabul kehormatan guru pelatih, 24, dengan cara meraba payu dara dan kemaluan mangsa di sebuah rumah di Kuala Muda, Butterworth, 22 Mei 2005.

Tertuduh yang dibenarkan bebas dengan ikat jamin RM5,000, merayu ke Mahkamah Tinggi tetapi ditolak pada 28 Januari 2008.

Dalam prosiding semalam, tertuduh melalui peguam bela Ang Chun Pun, mengemukakan permohonan untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Majistret atas alasan isu undang-undang yang perlu diputuskan berhubung kegagalan majistret mengambil kira bukti sokongan ketika mensabitkannya. Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin membantah permohonan itu atas alasan tiada persoalan undang-undang yang perlu diputuskan Mahkamah Rayuan memandangkan majistret membuat penemuan fakta dengan mengambil kira keterangan sokongan dua saksi pendakwaan yang mendengar jeritan mangsa.

"Apa yang berlaku ialah mulut mangsa ditekup dan dipukul ketika dia menjerit, tertuduh meraba mangsa untuk mengeluarkan katak dalam rahim mangsa," katanya.

Berita Harian Online

Read more...

About This Blog

Blog ini merupakan himpunan berita, pendapat dan komen berkenaan dunia pendidikan yang diperolehi daripada pelbagai sumber samada yang diperolehi secara langsung atau secara tidak langsung. Ketelusan dalam bahan yang diperolehi adalah menjadi teras kepada blog ini. Blog ini mungkin menjadi bahan rujukan kepada pihak yang ada kaitan dengan bidang pendidikan samada guru, pelajar, ibubapa dan sebagainya.

Recent Posts

Recent Comments

  © Blogger template Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP